Penyanyi dan juga pelakon Wani Kayrie akhirnya berjaya mencapai impiannya yang ingin memiliki sebuah kereta mewah apabila dia telah membeli sebuah Mercedes-Benz CLA180 bernilai hampir RM200,000.
Ujar Wani atau nama sebenarnya Syazwani Syafirah Abdullah,22, kereta mewah tersebut adalah sebagai ganjaran untuk diri sendiri setelah penat bekerja sejak menceburi bidang seni.
Jelasnya lagi, dia sudah memandu kereta terpakai sejak tiga tahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk melabur sebegitu banyak wang untuk kenderaan harian.
Ini kira kereta baru yang pertama kerana sebelum ini pakai kereta secondhand selama tiga tahun untuk belajar. Alhamdullilah, merasa juga untuk miliki sebuah kereta dengan hasil titik peluh sendiri.
Dalam pada itu, Wani juga ada bertanya pendapat mengenai kereta kepada kawan-kawannya sebelum membeli kenderaan mewah berkenaan.
Sementara itu, pelakon drama Dayang Senandung juga ada meluahkan hasrat untuk membeli sebuah rumah bagi tujuan pelaburan serta ingin membantu ahli keluarganya yang berada di Sabah.
“Saya juga mahu menolong ahli keluarga lain yang berada di Sabah. Ada dalam kalangan mereka yang hidup lebih susah daripada saya. Kalau ada rezeki lebih, mungkin saya akan bina sebuah rumah baru untuk nenek dan keluarga yang lain.” ujarnya penuh harapan.