Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Setahun Terpisah, Hisyam Hamid Gembira Dapat Bertemu Keluarga Di Singapura

Hisyam Hamid

Pelakon Hisyam Hamid khabarnya telah dapat pulang ke negara seberang tambak, Singapura untuk bertemu isteri dan anak-anak setelah setahun terpisah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan Malaysia sebelum ini.

Advertisement

Selain PKP COVID-19, Hisyam juga masih terikat dengan jadual lakonan di Malaysia sekaligus menghalang hasratnya untuk pulang ke Singapura.

View this post on Instagram

A post shared by Hisyam Hamid (@hisyamhamid7)

Dia juga dimaklumkan telah selamat berada di pangkuan keluarga setelah pulang ke sana pada 27 Julai yang lalu.

Saya hanya dapat bertemu isteri dan anak anak hanya pada 10 Ogos lalu selepas menjalani kuarantin selama 2 minggu di sebuah hotel. Dapat melepas rindu akhirnya yang tak terbendung selama ini.

Jelas Hisyam lagi, pengalaman berjauhan dengan keluarga ini juga telah membuatkan dia terpaksa menyambut Ramadan dan Syawal tanpa keluarga di sisi.

Dalam hantaran Instagram pelakon drama Hatimu Sedingin Salju ini lagi, kepulangannya itu juga semakin bermakna apabila dia dapat menyambut ulang tahun perkahwinan bersama-sama isteri tercinta.

View this post on Instagram

A post shared by Hisyam Hamid (@hisyamhamid7)

Advertisement

Dia dalam pada itu memberitahu akan memanfaatkan masa bersama keluarga dan menggunakan kesempatan yang ada sebaik mungkin.

Perkembangan terkini, Hisyam berkata dia masih menunggu panggilan penggambaran semula daripada produksi drama Cukup Derita Itu yang sebelum ini terhenti kerja berikutan sekatan pergerakan penuh sekitar bulan Jun lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top