“Setahu Saya Dia Tak Pernah..” – Nelydia Senrose Kini ‘Free Hair’, Ini Jawab Aprena Menrose Sebagai Sepupu

Hiburan

“Setahu Saya Dia Tak Pernah..” – Nelydia Senrose Kini ‘Free Hair’, Ini Jawab Aprena Menrose Sebagai Sepupu

Baru-baru ini, viral di seluruh laman sosial, Nelydia Senrose yang asalnya bertudung didapati menukar gambar profilnya kepada gambar tidak bertudung.

Sepupu kepada pelakon tersebut, Aprena Manrose tidak mahu memberi sebarang komen lanjut berkenaan isu terbabit memadangkan hal itu adalah keinginan sendiri.

Advertisement

Saya juga terkejut, sebab setahu saya Nelydia tak pernah tukar gambar profil pun. Tapi saya tiada komen. Itu kena tanya empunya badan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ateen Mozza (@fatinazzaniz)

Tambah pelakon drama bersiri Hatimu Sedingin Salju itu, dia tidak mahu memberi apa-apa komen tentang kontroversi itu kerana ia adalah hak masing-masing dan akan sentiasa sokong sepupunya walau apapun keputusan diambil.

Bagaimanapun, Aprena akui iman dirinya juga kadang berbolak-balik semenjak bertudung. Baginya, itu sesuatu tak mudah sebagai seorang manusia biasa yang akan ada dugaan dan hasutan hidup.

Kalau nampak saya dah tak bertudung, memang maksudnya saya sudah tidak berhijab. Kalau masih bertudung, itu maksudnya iman saya masih kuat.

Ujarnya lagi, Aprena bukanlah hendak melabel dirinya sebagai muslimah sejati kerana masih belajar dan mohon orang ramai tetap mendoakannya.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending lain pada pautan di bawah.

nelydia senrose
1 year ago

Bergambar Dengan Keluarga & Saudara Selepas 'Tournament' Badminton, Nelydia Senrose Dah Tak Bertudung?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...