Bergambar Dengan Keluarga & Saudara Selepas ‘Tournament’ Badminton, Nelydia Senrose Dah Tak Bertudung?

Hiburan

Bergambar Dengan Keluarga & Saudara Selepas ‘Tournament’ Badminton, Nelydia Senrose Dah Tak Bertudung?

Baru-baru ini, nama aktres Nelydia Senrose menjadi sebutan selepas tular video dia bersama adik beradik serta saudara bercuti di Thailand.

Video yang dimuat naik oleh Aprena Manrose itu memaparkan Nelydia hanya memakai bucket hat dan menampakkan bahagian rambut serta lehernya.

Advertisement

nelydia senrose freehair
8 months ago

"Hajjah Nely Otw Free Hair Ke" - Peminat Kecewa Nelydia Senrose Tak Bertudung, Tutup Rambut Pakai Topi Je?

Kerana sudah bergelar Hajah, sudah tentu pemakaian dan tindak tanduk aktres jelita berasal dari Kelantan itu akan sentiasa mendapat perhatian.

Terbaru, sebuah video dimuat naik di Instagram memaparkan Nelydia bersama adik beradik dan saudaranya itu juga sedang bergambar selepas beriadah bermain badminton.

Bagaimanapun, pelakon filem Jebat tersebut dilihat tidak memakai tudung, not even topi atau apa-apa yang menutup rambutnya berwarna perang itu.

 

Dalam pada itu, ramai warganet yang dilihat bersifat neutral dan tidak mengkritik Nelydia selepas dia dikecam tidak bertudung di Thailand.

Kata mereka, peminat tidak perlulah terlalu taksub dan menghukum artis yang sedang mencuba untuk menutup aurat kerana ia sememangnya sikap yang toksik dan negatif.

komen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...