Sesuai Untuk Pencinta ‘Outdoor’, Ini 6 ‘Hidden Gem’ Yang Anda Boleh Terokai Di Johor

Travel

Sesuai Untuk Pencinta ‘Outdoor’, Ini 6 ‘Hidden Gem’ Yang Anda Boleh Terokai Di Johor

Johor merupakan negeri yang terkenal dengan kopi, inap desa, makanan dan budaya serta warisan penuh bersejarah.

Ia merupakan destinasi sempurna untuk penggemar makanan dan mereka yang mencari tempat tenang untuk berehat.

Advertisement

Sebenarnya, banyak lagi destinasi dan aktiviti yang boleh anda lakukan di Johor. Ini merupakan 6 ‘hidden gem’ selatan yang sedang menunggu untuk anda terokai.

1. Desa Keroma Resort

Desa Keroma

Resort ini memang sesuai untuk keluarga yang nak menjalankan aktiviti atau program seperti hari keluarga dan majlis perkahwinan sebab disini semua kemudahan yang disediakan serba lengkap dan sangat memuaskan.

2. Pulau Rawa

Pulau Rawa

Pulau Rawa ni dipanggil sebagai ‘Malaysia’s Maldives’ disebabkan pemandangannya yang begitu cantik seperti berada di luar negara. Banyak benda boleh buat di sana seperti snorkelling, kayak, island hopping and jungle trekking.

3. RUD Karting Track

RUD Karting Track

Untuk sesiapa yang teringin nak main go kart dekat Johor boleh cuba tempat ini sebab ada banyak jenis karts iaitu basic carttwins cart and advance cart. Bagi sesiapa yang sudah pro bolehlah cuba advance cart, boleh tunjuk skil.

4. Gunung Pulai

Gunung Pulai

Lokasi seterusnya ni sesuai sangat untuk kaki hiking, boleh datang ke Johor untuk cuba naik gunung ini. Ada dua jenis trail iaitu dekat dan jauh. Kalau anda jenis suka adventure boleh cuba trail yang dekat sebab perlu melalui hutan. Manakala trail jauh pula perlu lalu jalan raya.

5. Muar Street Art

Muar street art

 

Nilai sejarah Muar telah diangkat dan diadaptasikan melalui lukisan-lukisan mural di dinding-dinding bangunan yang penuh dengan maknanya tersendiri.

Menurut Mstar, kebanyakkan mural yang berada di sekitar Muar ini berkonsepkan budaya masyarakat tempatan yang memaparkan gambar seperti alatan muzik dan tarian tradisional Johor serta gaya hidup masyarakat terdahulu.

6. Austin Heights Water & Adventure Park

Lokasi ni ada 3 bahagian iaitu water parkadventure park dan sports & leisure park. Kesemua aktiviti di taman tema ini meyeronokkan seperti slideszip lineice skating rink dan banyak lagi.

pelajar jawab exam atas pokok
29 mins ago

Kisah Jawab 'Exam Online' Atas Pokok Pernah Tular, Gadis Dari Sabah Ini Kini Bergelar Pelajar Perubatan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Vocket

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...