Sesuai Buat ‘Kaki Wayang’, Ini 10 Filem Blockbuster Antarabangsa Wajib Ditonton 2022

Hiburan

Sesuai Buat ‘Kaki Wayang’, Ini 10 Filem Blockbuster Antarabangsa Wajib Ditonton 2022

Setelah hampir 2 tahun seluruh dunia termasuk rakyat Malaysia tidak mendapat peluang untuk menonton filem di panggung wayang gara-gara penularan Covid-19.

Namun, tahun 2022 sepertinya menjadi tahun penyembuh semangat buat penggemar filem-filem blockbuster antarabangsa.

Advertisement

Tahukah anda filem dari berbagai genre kembali akan menyapa para pecintanya pada tahun ini di kaca pawagam?

Ini 10 Filem Yang Wajib Ditonton 2022

1. Morbius

morbius

Morbius mengisahkan seorang saintis bernama Dr. Michael Morbius yang menderita penyakit ganjil dan cuba menyembuhkan diri sehingga bertukar menjadi puntianak yang sentiasa dahagakan darah manusia. Filem ini sepatutnya ditayangkan pada Julai 2020, namun disebabkan kekangan Covid-19, tayangan filem arahan Daniel Espinosa ini terpaksa ditangguhkan.

2. The Batman

The batman

Filem ini menyaksikan Batman mendedahkan rasuah di Bandar Gotham semasa mengejar Riddler (Dano), pembunuh bersiri yang mensasarkan golongan elit Gotham. Filem arahan Matt Reeves ini bakal menampilkan Robert Pattinson sebagai Bruce Wayne aka Batman. Zoe Kravits, Colin Firth, Paul Dano, Andy Serkis dan ramai lagi yang akan muncul dalam filem ini.

3. Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore

fantastic

Fantastic Beasts kembali dengan naskhah terbaharu yang akan menceritakan tentang rahsia kehidupan pengetua Hogwarts, Albus Dumbledore. Ramai yang tidak sabar menanti hubung kait antara Aurelius Dumbledore lakonan Ezra Miller dengan Albus lakonan Jude Law.

4. Doctor Strange in the Multiverse of Madness

dr strange

Pastinya orang ramai yang sudah menyaksikan Spider-Man: No Way Home, tidak sabar untuk menonton filem ini. Jika anda sudah menonton trailer filem ini, terdapat banyak perkara yang mengejutkan. Filem ini akan merungkai dunia dalam ‘multiverse’ termasuk pertalian antara Scarlet Witch dengan Doctor Strange.

5. Jurassic World: Dominion

jurassic

Filem ini berlaku empat tahun selepas Jurassic World: Fallen Kingdom. Dalam filem ini, dinosaur yang diubah suai secara genetik dilelong kepada syarikat-syarikat di seluruh dunia, sementara yang lain dikeluarkan di seluruh AS. Filem ini akan menampilkan pelakon tetap seperti Chris Pratt dan Bryce Dallas Howard.

6. Lightyear

lightyear

Animasi Pixar ini akan menceritakan tentang latar belakang Buzz Lightyear. Buzz merupakan wira yang memberi inspirasi kepada mainan lain di dalam filem Toy Story. Filem ini menceritakan seorang pilot muda yang diuji menjadi Space Ranger yang dikenali hingga saat ini. Tahukah anda dalam filem ini, Buzz disuarakan oleh Chris Evans.

7. Thor: Love and Thunder

Thor

Thor: Love and Thunder akan menjadi filem kedua MCU pada tahun 2022. Dalam film ini, Nathalie Portman akan kembali sebagai Jane Foster. Menurut pengarahnya Taika Waititi, filem ini akan mengadaptasi elemen dari komik Mighty Thor di mana Jane akan mengambil kuasa Thor ketika sedang menderita kanser. Filem ini menampilkan Chris Hemsworth sebagai Thor.

8. Black Panther: Wakanda Forever

wakanda

Diarahkan oleh Ryan Coogler, filem ini masih dalam proses penggambaran kerana tertangguh akibat salah seorang bintangnya, Letitia Wright cedera. Filem ke-30 MCU ini menjadi tanda tanya besar selepas bintang utamanya, Chadwick Boseman T’Challa, meninggal dunia tahun lalu.

9. Aquaman and the Lost Kingdom

aquaman

Apabila kuasa purba dilepaskan, Aquaman mesti menjalin pakatan yang tidak mudah dengan sekutu yang pelik untuk melindungi Atlantis dan dunia. Jason Momoa kembali sebagai Arthur Curry aka Aquaman dalam filem ini termasuk Yahya Abdul-Mateen, Amber Heard, Willem Dafoe, Dolph Laugren, dan Nicole Kidman juga akan kembali dalam sekuel Aquaman.

10. Avatar 2

avatar 2

Pengarah, James Cameron pernah berjanji akan mengarahkan dua lagi sekuel, sekiranya Avatar yang diterbitkan pada tahun 2009 cemerlang dari segi kutipan. Hasilnya, Avatar menjadi filem paling laris sepanjang zaman dan ternyata, James mengotakan janjinya. Avatar 2 semestinya berada di tangga paling atas filem paling ditunggu ramai buat tahun 2022.

Selain itu, kami kongsikan artikel yang trending pada pautan di bawah.

AirTag
2 years ago

Ini Cara Gunakan Pengesan AirTag Untuk Kucing Yang Suka Merayap

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Sindonews

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...