Pelakon Chacha Maembong mengakui dia tidak kisah jika sering diberikan pilihan untuk memegang watak antagonis.
Chacha atau nama sebenar Siti Aisyah Ismail berkata walaupun memegang watak antagonis, dia cuba untuk menghidukan watak berkenaan agar dapat menarik perhatian penonton.
Menurut Chacha, 25, jika produser sering memberi tawaran watak antagonis kepadanya, dia tidak kisah, asalkan karakter tersebut berlainan dengan karakter lain yang pernah dijayakan.
Tapi memang saya akan terima semua tawaran. Best watak antagonis ni, gaduh dengan orang.
Bagi pelakon Cukup Derita Itu, tidak semestinya kalau seseorang itu memegang watak antagonis dia perlu bising dan menjerit-jerit. Ada juga antagonis yang pendiam dan tidak dapat dibaca menerusi bahasa badan.
Pada mulanya, Chacha mendedahkan dia berasa gugup untuk membawak watak antagonis. Namun, hatinya lega apabila pengarah dan juga kru penggambaran tidak berhenti memberikan sokongan kepadanya untuk menjiwai watak berkenaan.
Selain Chacha, drama Cukup Derita Itu 2 juga turut dibintangi oleh Hisyam Hamid, Ruhainies, Lia Natalia dan Didie Alias.