Dituduh Terkait Aktiviti Pelacuran, Chacha Maembong Buat Laporan Polis

Hiburan

Dituduh Terkait Aktiviti Pelacuran, Chacha Maembong Buat Laporan Polis

Selepas mendapati wujud pihak tidak bertanggungjawab yang cuba membuat spekulasi mendakwa dirinya terlibat dengan isu skandal seks yang mempunyai kaitan dengan kegiatan Macau Scam, Chacha Maembong tampil membuat laporan polis.

Advertisement

Menurut Chacha laporan dibuat pada 20 Oktober lalu selepas mendapat nasihat daripada peguamnya.

https://www.instagram.com/p/CGo2nLfAzOn/?igshid=11zjivhg9nzgu

“Tujuan laporan ini adalah bertujuan untuk memberhentikan dan menafikan segala fitnah yang berleluasa tentang diri saya berkenaan isu Macau Scam dan juga tuduhan aktiviti pelacuran. Saya juga akan bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) dan pihak polis jika dipangil untuk memberikan kerjasama.”

Perkara itu dikongsi sendiri oleh Chacha selepas memuat naik salinan laporan polis yang dibuat di balai polis Seremban, Negeri Sembilan di laman Instagramnya. 

Ujarnya lagi, beliau juga tidak akan teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang buat individu yang cuba membuat tuduhan tidak berasas sehingga mencemarkan namanya.

“Saya juga akan mengambil tindakan kepada individu yang telah memfitnah dan menyebarkan tuduhan tersebut. Tindakan susulan daripada pihak guaman akan dijalankan. Laporan kes ini kini dalam siasatan, saya tidak akan membuat sebarang kenyataan sehingga siasatan daripada pihak polis selesai.”

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Chacha didakwa mengusahakan perniagaan menggunakan dana daripada sumber yang mempunyai kaitan dengan aktiviti Macau Scam.

Malah, adik kepada pelakon Emma Maembong ini juga tidak terlepas dituduh terpalit dengan aktiviti tidak bermoral sehingga mampu meraih pendapatan lumayan.

Untuk rekod, SPRM sebelum ini mendedahkan terdapat kegiatan aktiviti pelacuran kelas atasan melibatkan golongan artis yang mampu meraih sehingga RM40,000 semalam.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...