Sering Dikecam ‘P*ndan’ Di TikTok, MUA Lelaki Lega Kecaman Buat Diri Raih Banyak ‘Job’

Kehidupan

Sering Dikecam ‘P*ndan’ Di TikTok, MUA Lelaki Lega Kecaman Buat Diri Raih Banyak ‘Job’

Melalui temubual yang dilakukan oleh mStar bersama seorang jejaka bernama Muhammad Sufian Alias, dia berkongsikan kisah-kisah yang dilaluinya sepanjang bekerja sebagai seorang jurusolek lelaki.

Lelaki terbabit berkata dirinya sering mendapat kecaman yang hebat daripada netizen apabila berkongsikan video dirinya memakai ‘make-up’ di TikTok hingga membuatkan dia berasa terkilan.

Advertisement

Menurutnya, dia berasa down pada mula-mula menceburi bidang solekan ini kerana sering dikecam teruk dan komen yang paling membuatkan dia ‘terasa’ apabila netizen mengaitkan nama kedua orang tuanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Mereka kata ‘Kenapa nak mekap-mekap macam ni, kesian mak bapa kau dapat anak pondan.’

Biarpun menerima pelbagai kecaman, MUA terbabit mengucapkan rasa syukur kerana masih ada juga yang menyokong pekerjaan yang dilakukan olehnya.

Tambahannya lagi, dia telah menerima pelbagai tawaran mekap selepas video TikTok solekannya menjadi viral hingga cecah sejuta penonton.

komen instagram

Meninjau di ruangan komen hantaran mStar yang memuat naik semula video lelaki terbabit, rata-rata netizen disitu tidak terlalu menyokong serta menentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Sufian.

Netizen yang meninggalkan komen merasakan perkara yang dilakukan itu sememang salah di sisi agama Islam, lagi-lagi apabila lelaki cuba untuk menyerupai wanita.

Michael Ang
1 year lalu

"Hormati Saya Sebagai Budak Suara Pondan Kepit.." Iqbal Minta Michael Ang Henti Jatuhkan Maruah Dirinya Di IG

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    May 19, 2022 at 2:36 pm

    masyarakat jgn suka mengecam. bg lah dorongan utk berubah
    MUA jgn rasa byk job tu tanda ‘berkat’

Loading...