“Hormati Saya Sebagai Budak Suara Pondan Kepit..” Iqbal Minta Michael Ang Henti Jatuhkan Maruah Dirinya Di IG

Hiburan

“Hormati Saya Sebagai Budak Suara Pondan Kepit..” Iqbal Minta Michael Ang Henti Jatuhkan Maruah Dirinya Di IG

Usahawan yang juga bekas pembantu peribadi kepada Datuk Seri Vida, Iqbal Zulkefli tampil membidas kenyataan pengarah popular Michael Ang yang mendakwanya sengaja mencipta kontroversi bagi mempromosikan produk yang diusahakannya.

Izwan Azir Saleh
3 years ago

"Sudah-Sudahlah Vida Iqbal, Cerita Sampah.." Pengacara Izwan Azir Saleh Dah Muak

Advertisement

Iqbal yang bertindak mempertahankan dirinya itu berkata dia seorang yang tidak gemarkan kereta mewah meskipun berkemampuan untuk memilikinya.

Ini berikutan pengarah drama Marry Me Senorita itu ada membuat siaran langsung Instagram yang mempertikaikan kenyataan bercanggah Iqbal mengenai kereta idaman serta tindakannya memperagakan jam mewah ketika dikunjungi DS Vida sekitar jam 3 pagi pada hari Sabtu minggu lalu.

Sekejap kau kata kau tak suka kereta walaupun kaya tapi pakai Honda, tiba-tiba cakap kereta idaman Bentley RM3 juta. Apa kau propa. Kalau nak kaya buat caya kaya betul bukan kaya imaginasi.

Jelas Iqbal, punca dia menayang kekayaan di media sosial adalah disebabkan oleh sikap orang ramai yang mempersoalkan gaya hidup sederhana yang ditunjukkan meskipun dia mempunyai harta yang banyak.

Michael AngSumber : Instagram Iqbal Zulkefli  

Jika hina sangat Honda Civic yang saya guna, saya boleh saja tunjuk kereta saya yang bawa pergi pasar RM1 juta saya beli tu. Inilah punca yang buatkan saya terpaksa tunjuk segalanya.

Tambahnya lagi, dia berharap sutradara terkenal itu menghormati dirinya sebagai seorang manusia kerana enggan memanjangkan isu tersebut.

Michael AngSumber : Instagram Iqbal Zulkefli  

Dengan rasa hormat, saya hanya mahu Michael hormati diri saya sebagai budak suara pondan kepit yang Michael katakan. Saya ingin hormati dunia industri, jaga limit namun siapa tahu begini perjalanan hidup saya.

Akhirinya, dia hanya memohon peluang untuk bergelar penyanyi bagi memeriahkan lagi industri seni hiburan dan turut mendoakan agar pengarah tersebut turut sukses di masa-masa yang akan datang.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Iqbal Zulkefli

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...