Melalui temubual yang dilakukan oleh mStar bersama seorang jejaka bernama Muhammad Sufian Alias, dia berkongsikan kisah-kisah yang dilaluinya sepanjang bekerja sebagai seorang jurusolek lelaki.
Lelaki terbabit berkata dirinya sering mendapat kecaman yang hebat daripada netizen apabila berkongsikan video dirinya memakai ‘make-up’ di TikTok hingga membuatkan dia berasa terkilan.
Menurutnya, dia berasa down pada mula-mula menceburi bidang solekan ini kerana sering dikecam teruk dan komen yang paling membuatkan dia ‘terasa’ apabila netizen mengaitkan nama kedua orang tuanya.
View this post on Instagram
Mereka kata ‘Kenapa nak mekap-mekap macam ni, kesian mak bapa kau dapat anak pondan.’
Biarpun menerima pelbagai kecaman, MUA terbabit mengucapkan rasa syukur kerana masih ada juga yang menyokong pekerjaan yang dilakukan olehnya.
Tambahannya lagi, dia telah menerima pelbagai tawaran mekap selepas video TikTok solekannya menjadi viral hingga cecah sejuta penonton.
Meninjau di ruangan komen hantaran mStar yang memuat naik semula video lelaki terbabit, rata-rata netizen disitu tidak terlalu menyokong serta menentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Sufian.
Netizen yang meninggalkan komen merasakan perkara yang dilakukan itu sememang salah di sisi agama Islam, lagi-lagi apabila lelaki cuba untuk menyerupai wanita.