April 17th, 2017

Ketika rumah tangga Serina Redzuawan hangat diperkatakan, bapanya, Chef Wan mendedahkan punca perkahwinan anaknya itu retak adalah kerana sikap suami Serina, Gavin Edward O’luanaigh yang enggan memberikan nafkah, meskipun sudah beberapa kali Chef Wan menasihati beliau dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami di dalam Islam.

Walaupun Chef Wan telah mengeluarkan kenyataan sebegitu, Serina bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen mengenainya dan menganggap mungkin jodoh beliau dan Gavin tidak panjang. Serina tidak mahu membuka aib suaminya itu.

Saya anggap jodoh kami tidak panjang. Saya kena jaga maruah dan air muka dia (suami). Apatah lagi dia adalah bapa kepada anak-anak saya.  Saya bukan ingin meraih simpati mahupun publisiti murahan. Cuma saya minta peminat doakan yang baik-baik buat saya dan keluarga. Apa-apapun, ia (cerai) masih dalam proses lagi dan kami belum berpisah.

Saya reda dengan qada dan qadar. Jangan pernah menyalahkan takdir dan jodoh, pasti ada hikmah serta rahsia kebahagiaan yang Allah janjikan. Saya hanya berserah pada Yang Maha Kuasa.

Kami juga mendoakan agar perkahwinan Serina masih boleh diselamatkan dan agar beliau kekal tabah menghadapi segalanya.

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...