Sedia maklum, sebelum ini pelakon serta pempengaruh, Sharifah Rose teruk dikecam ramai setelah didapati nama jenama yang beliau guna iaitu Sekuntum didakwa meniru semula jenama lain.
Belajar dari kesilapan, Sharifah memberitahu dirinya serta telah mengambil masa selama dua minggu untuk ‘perah otak’ memikirkan nama baru buat produknya dan ia ditukarkan ke Harirose.
Nama Rose memang ramai guna.. Kali ini memang kami lebih berhati-hati.
View this post on Instagram
Tambahannya lagi, pelakon muda itu serta pasukannya sememangnya sangat teliti kali ini bagi memastikan tiada produk lain yang turut menggunakan nama yang sama.
Sebelum ini, seorang pengguna di Twitter telah mendakwa Sharifah meniru sepenuhnya jenama orang lain dari segi nama serta logo.
Bagaimanapun, gadis tersebut menegaskan dia sama sekali tidak tahu tentang kewujudan jenama tersebut dan mengetahui selepas video promosi produknya dilancarkan.