Serangan Udara Berlaku Berhampiran Pos MALBATT Di Lubnan, MINDEF Sahkan Insiden

Berita

Serangan Udara  Berlaku Berhampiran Pos MALBATT Di Lubnan, MINDEF Sahkan Insiden

Kementerian Pertahanan memaklumkan berlaku insiden serangan udara oleh Israel Defense Forces (IDF) berhampiran kedudukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 di kawasan operasi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) di selatan Lebanon awal pagi tadi.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kejadian berlaku pada 13 Mac 2026 kira-kira jam 2.35 pagi waktu tempatan apabila satu serangan udara dilaporkan berlaku berhampiran Pos Kawalan pada jarak sekitar 100 hingga 200 meter dari penempatan pasukan MALBATT 850-13.

Advertisement

malbaat

“Serangan tersebut dipercayai menyasarkan sebuah jambatan yang melintasi Sungai Litani.”

“Beberapa minit kemudian, satu lagi serangan susulan dilaporkan berlaku pada jam 3.02 pagi yang menyebabkan kerosakan terhadap beberapa fasiliti serta penginapan anggota di kawasan Pos Kawalan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketika kejadian, seorang pegawai bersama lapan anggota MALBATT 850-13 yang berada di Pos Kawalan diarahkan oleh Tactical Operations Centre (TOC) MALBATT untuk berundur sebagai langkah keselamatan.

malbatt

Mereka kemudian bergerak bersama 12 anggota Lebanese Armed Forces (LAF) ke lokasi selamat dan tiba pada jam 4.12 pagi waktu tempatan.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan melibatkan anggota MALBATT mahupun LAF, dan semua persenjataan serta peralatan berada dalam keadaan selamat.

Pemeriksaan kesihatan turut dijalankan oleh pegawai perubatan bagi memastikan semua anggota berada dalam keadaan baik dan kekal bersiap siaga. – AWANI

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

stadium tukar nama
2026-03-13 16:05:33

Stadium Nasional, Stadium Putra Dijenamakan Semula Sebagai TM Stadium Nasional & Unifi Arena

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...