Sepupu Bongkar Rahsia, Dakwa Finalis Miss Malaysia Pernah Pukul Bapa Sebab Sokong Lee Chong Wei?

Hiburan

Sepupu Bongkar Rahsia, Dakwa Finalis Miss Malaysia Pernah Pukul Bapa Sebab Sokong Lee Chong Wei?

Baru-baru ini, kecoh di media sosial kisah bekas finalis Miss International Malaysia (MIM) mempertikaikan kenapa dirinya dilahirkan di negara Malaysia dan bukannya di China.

Kata-kata beliau itu telah menaikan kemarahan rakyat Malaysia, dimana hampir kesemua merasakan finalis Miss Malaysia bernama Abby Lee ini bersifat racist serta tidak dilayak menjadi finalis.

Advertisement

Belum reda dengan kecaman itu, muncul satu lagi kenyataan yang dibuat oleh sepupunya sendiri dimana beliau memberitahu perangai buruk Abby yang sudah lama dia pendam sejak kecil.

facebook sepupu miss malaysiaOK

Melalui laporan dari Hype, sepupunya mendakwa Abby pernah bertindak kasar terhadap ahli keluarganya, malah membaling remote TV serta bantal kepada ayahnya kerana menyokong Dato Lee Chong Wei dalam satu perlawanan badminton antara Malaysia dan China.

Bukan itu saja, sepupu Abby turut memberitahu gadis ini sering kali bertindak kurang ajar kepada keluarga dan pernah memarahi ibu sendiri kerana memberi nasihat kepada beliau untuk lebih meminum air.

Sudah semestinya dakwaan yang dibuat oleh sepupu Abby sendiri lebih ‘menaikkan darah’ warganet terhadap gadis itu, lagi-lagi apabila mendapati beliau turut mengasari keluarganya.

Sekadar info, Miss International Malaysia telah pun melucut gelaran finalis Abby Lee dan beliau dilarang untuk menggunakan gelaran tersebut di platform media sosial ataupun dimana-mana.

Finalis miss Malaysia
9 bulan lalu

“Saya Tak Anggap Saya Rakyat Malaysia” - Finalis Miss Malaysia Dikecam, Berharap ‘Dilahirkan’ Di Negara China

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Hype

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

14 Comments

  1. Hamizan Sainin

    March 22, 2022 at 8:09 am

    Who is she? How can she enter the competition? Muka pun x lawa..berlambak lagi malaysian yg lawa..gigi pun mcm berterabur n kuning macam tu..muka hodoh perangai pun buruk..she even not worth for malaysian..please malaysia..halau je la dia..senang crita..sakit mata tgk pasal dia je dlm medsos hari2..nk tgk crita lain lagi..kes najib apa crita..yg politik2..yg sukan2 ke..ni pasal ntah sape2

Loading...