“Saya Tak Anggap Saya Rakyat Malaysia” – Finalis Miss Malaysia Dikecam, Berharap ‘Dilahirkan’ Di Negara China

Hiburan

“Saya Tak Anggap Saya Rakyat Malaysia” – Finalis Miss Malaysia Dikecam,  Berharap ‘Dilahirkan’ Di Negara China

Salah seorang daripada finalis Miss Malaysia, Abby Lee teruk dikecam setelah beberapa siri kenyataan yang mengundang kritikan ramai telah menjadi tular di media sosial.

Advertisement

Menurut laporan Malay Mail,seorang pengguna Facebook bernama Hui Yee telah berkongsi beberapa siri kenyataan yang berbaur wasangka dan rasis di mana Abby didakwa mengutuk negara Malaysia dan juga masyarakat Asia.

Dalam hantaran Hui Yee itu, Abby dilihat membuat kenyataan di mana dia menyertai pertandingan ratu cantik itu hanya disebabkan kepentingannya dan bukanlah kerana dia mencintai negara Malaysia.

Saya menyertai ini (Miss International Malaysia (MIM)) hanyalah untuk kepentingan saya. Bukan kerana saya cintakan negara saya.

Mereka yang rapat dengan saya tahu bahawa saya tak pernah ambil berat mengenai Malaysia. Saya tidak pernah menganggap diri saya sebagai rakyat Malaysia dan sentiasa mahu berhijrah.

Abby juga didakwa pernah menyatakan kekesalannya kerana tidak dilahirkan di negara China atau Jepun yang lebih maju berbanding Malaysia selepas insiden yang melibatkan dia bersama seorang jurugambar yang telah mengambil fotonya dengan kualiti yang tidak baik semasa acara berlangsung.

Tidak lama kemudian, Abby tampil membuat kenyataan balas di mana dia mendakwa tuduhan yang dilemparkan terhadapnya adalah palsu.

Abby Lee

Selain itu dia turut menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai niat jahat dan turut memohon maaf kepada mereka yang terkesan dengan kelakuannya itu.

Gimnasium
9 bulan lalu

"Lebih Privasi Dan Selesa.." - Wanita Dakwa Mereka Sering Diperhatikan, Pembukaan Gym 'Ladies Only' Undang Perdebatan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

15 Comments

  1. cik ikan

    March 30, 2022 at 10:22 am

    silakan kembali ke tanah asal awak itupun kalau depa nak terimala. China juga tak mau ada warga yang biadap mcm ni.

  2. Anonymous

    March 28, 2022 at 4:22 pm

    Muka macam kuda laut ada ati jadi Miss Malaysia.. mampos x menang,.. luar dalam busuk.. berak cebok dulu dek… baru sembang pasal negara.. #silaberambussegera

  3. Anonymous

    March 21, 2022 at 2:44 pm

    tak suka pun tak berambus pindah china tu lagi.. puiiii

Loading...