Baru-baru ini, kecoh di media sosial kisah bekas finalis Miss International Malaysia (MIM) mempertikaikan kenapa dirinya dilahirkan di negara Malaysia dan bukannya di China.
Kata-kata beliau itu telah menaikan kemarahan rakyat Malaysia, dimana hampir kesemua merasakan finalis Miss Malaysia bernama Abby Lee ini bersifat racist serta tidak dilayak menjadi finalis.
Belum reda dengan kecaman itu, muncul satu lagi kenyataan yang dibuat oleh sepupunya sendiri dimana beliau memberitahu perangai buruk Abby yang sudah lama dia pendam sejak kecil.
Melalui laporan dari Hype, sepupunya mendakwa Abby pernah bertindak kasar terhadap ahli keluarganya, malah membaling remote TV serta bantal kepada ayahnya kerana menyokong Dato Lee Chong Wei dalam satu perlawanan badminton antara Malaysia dan China.
Bukan itu saja, sepupu Abby turut memberitahu gadis ini sering kali bertindak kurang ajar kepada keluarga dan pernah memarahi ibu sendiri kerana memberi nasihat kepada beliau untuk lebih meminum air.
Sudah semestinya dakwaan yang dibuat oleh sepupu Abby sendiri lebih ‘menaikkan darah’ warganet terhadap gadis itu, lagi-lagi apabila mendapati beliau turut mengasari keluarganya.
Sekadar info, Miss International Malaysia telah pun melucut gelaran finalis Abby Lee dan beliau dilarang untuk menggunakan gelaran tersebut di platform media sosial ataupun dimana-mana.