“Sepatutnya Sedia Maklum Harga Makanan Di Pantai Chenang Tinggi Sebab..” – ‘Owner’ Restoran Nasi Putih Ayam Kunyit RM23 Bersuara

Kehidupan

“Sepatutnya Sedia Maklum Harga Makanan Di Pantai Chenang Tinggi Sebab..” – ‘Owner’ Restoran Nasi Putih Ayam Kunyit RM23 Bersuara

Sebelum ini, tular di platform Facebook selepas seorang individu luah rasa tidak puas hati harga makanannya iaitu Nasi Putih dan Ayam Goreng Kunyit berharga RM23 apabila bercuti di Langkawi.

‘Owner’ tampil pertahankan diri

Sedar hantaran individu terbabit telah meraih perhatian netizen serta pihak media, pemilik restoran terbabit tampil pertahankan dirinya.

Advertisement

Pemilik restoran yang bernama Zulfan Bustami persoalkan tujuan individu tersebut menularkan hal ini kerana sebelum mengambil pesanan, pekerjanya sudah tunjuk buku menu berserta harga kepada pelancong terbabit.

langkawi

Makanan di Pantai Chenang memang mahal sedikit

Tegas Zulfan, dia yakin perkara tersebut bukan ditularkan oleh pelanggannya tetapi barangkali ahli kedua atau rakan yang mahir dalam menggunakan media sosial.

Pelanggan terbabit adalah orang tempatan dan sepatutnya dia sedia maklum harga makanan di sekitar Pantai Chenang tinggi sedikit berbanding kawasan lain, ini disebabkan kadar sewa kedai juga tinggi di kawasan ini.

Saiz hidangan ayam kunyi untuk dua orang makan

Tambahnya lagi, saiz hidangan ayam goreng yang berharga RM20 itu juga sesuai untuk dimakan untuk dua kepala kerana menggunakan 160 gram isi ayam, sayur karot, salad, kacang panjang dan bawang Holland.

Cubaan pemilik restoran itu untuk berbincang serta dalam pada masa yang sama mahu memohon maaf gagal kerana individu itu mengelak.

Ayam goreng kunyit langkawi
11 months ago

"Harga Tu Boleh Beli Ayam Seekor" - Pelancong Langkawi Panas Hati Dicaj RM20 Untuk Ayam Goreng Kunyit

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...