“Harga Tu Boleh Beli Ayam Seekor” – Pelancong Langkawi Panas Hati Dicaj RM20 Untuk Ayam Goreng Kunyit

Gaya Hidup

“Harga Tu Boleh Beli Ayam Seekor” – Pelancong Langkawi Panas Hati Dicaj RM20 Untuk Ayam Goreng Kunyit

Seorang individu meluahkan rasa berang dan tidak puas hati apabila dia dikenakan caj melampau ketika makan di restoran saat dia bercuti di Langkawi, Kedah.

Difahamkan, individu itu yang juga berasal dari Utara tanah air tidak dapat menerima apabila dia dikenakan harga yang tinggi untuk sepinggan nasi putih, ayam goreng kunyit dan air kosong.

Advertisement

Ketika menerima resit makanan usai makan di restoran yang terletak di Pantai Chenang, Langkawi itu, tertera harga bagi sepinggan ayam goreng kunyit adalah RM20, nasi putih RM3 dan juga air kosong RM1.

Patutlah orang luaq kata langkawi mahai (mahal). Hampa rasa baloi(berbaloi) kena harga camni(begini)? Nasi putih RM3, ayam goreng kunyit bodo camtu(macam itu) saja sorang makan RM20 ringgitttt.

Ais kosong RM1 naya kena 24ringgit, tu gambaq kedai aku dah snap tengok lah kat mana area chenang jangan hampa terkena sudah jangan kecamm, nak kecam pon ikut suka hampa lah aku post ni sebab rasa tak puas hati harga ayam goreng kunyit dia.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa terkejut dengan harga yang cukup melampau itu.

Kata netizen, harga RM20 untuk sepinggan ayam goreng kunyit itu menyamai seekor ayam yang dibeli di pasar.

LangkawiSumber : X  
Sumber : x  

Sebelum ini, media melaporkan pusat perlancongan terkenal itu menerima kunjungan pelancongan agak merosot berbanding dahulu.

Rakyat Malaysia dikhabarkan lebih gemar melancong ke negara jiran seperti Thailand kerana harganya yang lebih murah dan mempunyai banyak tarikan pelancong.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Influencer tiktok
4 months ago

'Influencer' Dakwa Ada Restoran Guna Air Kencing Toyol Untuk Masak Kari, Persatuan Restoran Mamak Buat Laporan Polis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...