Seorang Maut Dan Seorang Cedera, Pesawat Hawk Milik TUDM Terhempas

Berita

Seorang Maut Dan Seorang Cedera, Pesawat Hawk Milik TUDM Terhempas

Sebuah pesawat pejuang Hawk dimiliki oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah terhempas ketika mendarat di kawasan landasan Pangkalan Udara TUDM Butterworth pada malam, semalam.

Dalam pada kenyataan TUDM, kemalangan berlaku pada jam 10.07 malam serta terdapat dua juruterbang pesawat yang terlibat dalam insiden terbabit, seorang maut dan seorang lagi cedera.

Advertisement

Juruterbang maut dikenali sebagai Kapten Mohamad Affendi Bustamy manakala rakannya, Mejar Mohd Fareez Omar kini sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Pesawat Hawk TUDM terhempasSumber : Google 

Bahagian Perhubungan Awam TUDM memaklumkan, sebelum berlakunya kemalangan keatas mereka, kedua-dua juruterbang tersebut sedang melaksanakan latihan penerbangan (Night Flying).

Terbaharu, pihak TUDM akan menjalankan siasatan teknikal secara terperinci berhubung dengan insiden pesawat pejuang Hawk yang terhempas pada malam tadi.

Dalam pada itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi Twitternya memberitahu beliau menerima berita insiden tersebut membabitkan Hawk 108 itu daripada Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad.

Selain itu, kami kongsikan beberapa artikel trending pada pautan di bawah.

Sanusi TMJ
3 years ago

"Hang Tak Pakai Seluaq Lagi Aku Main Bola Dah.."- 'Perang Mulut' Sanusi Dan TMJ Curi Perhatian Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...