“Hang Tak Pakai Seluaq Lagi Aku Main Bola Dah..”- ‘Perang Mulut’ Sanusi Dan TMJ Curi Perhatian Netizen

Hiburan

“Hang Tak Pakai Seluaq Lagi Aku Main Bola Dah..”- ‘Perang Mulut’ Sanusi Dan TMJ Curi Perhatian Netizen

Mencuit hati, perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara pasukan Kedah FA dan Johor Darul Ta’zim semalam nampaknya turut dihiasi dengan ‘perang mulut’ antara pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) dan juga Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di media sosial.

‘Banter’ antara kedua tokoh ini ternyata telah mencuri perhatian pengguna media sosial yang rata-ratanya menyifatkannya sebagai sesuatu yang lucu dan hiburan semata-mata.

Advertisement

Segalanya bermula apabila TMJ membangkitkan isu tunggakan gaji yang melibatkan pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang dilaporkan sudah tertunggak selama hampir dua bulan.

Sanusi Sumber : Utusan Malaysia 

 

Advertisement

Bila nak lawan JDT sahaja ke baru nak bayar gaji? Sampai bila nak perangai macam ni? Kepala pistol.

Teguran pedas TMJ yang dikirimnya menerusi pesanan mesej di Facebook milik Sanusi nampaknya tidak disenangi oleh Sanusi lalu dia memberi maklum balas menerusi laman media sosial rasmi Facebook miliknya.

Sanusi kemudian menjelaskan bahawa pihaknya baru sahaja menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain bola sepak Kedah.

Ia kemudian mendapat respon TMJ yang mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Kedah dan sempat mengingatkan agar Sanusi lebih menjaga dan prihatin akan kebajikan pemain dan juga rakyat.

IG SanusiSumber : Utusan Malaysia 

Kenyataan tersebut yang seakan menyindirnya untuk kesekian kali telah dibalas Sanusi sehingga keadaan menjadi sedikit tegang.

“Hang tak pakai seluaq lagi aku main bola dah. La ni pun dok main bola lagi..diet apa diet?” balas Sanusi lagi.

Sanusi Sumber : Utusan Malaysia 

Menjengah ke ruangan komen media sosial, rata-rata netizen menganggap ianya sebagai satu hiburan semata-mata dan tidak perlu dianggap serius dan masalah yang besar.

Terdahulu, perlawanan antara kedua pasukan ini semalam ketika pusingan suku akhir pertama telah menyaksikan Kedah FA dan JDT seri kosong sama sehingga ke akhir perlawanan.

Arak Timah
2 minggu lalu

Keputusan 'U-Turn', Kabinet Setuju Kekalkan Jenama Arak Timah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    November 15, 2021 at 10:23 pm

    sempoi MB ! orang mcm TMJ tu kena ade orang sound jugak. jangan takut2! hahahaha

  2. anonymous

    November 15, 2021 at 4:30 pm

    haa baru kena buku dgn ruas… sempoi la MB kedah ni mcm ni baru pemimpin berani kerana benar tak mcm pemimpin lain baling batu sorok teloq ehh sorok tangan,,paling best isu nombor ekor dan arak

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...