Keputusan ‘U-Turn’, Kabinet Setuju Kekalkan Jenama Arak Timah

Berita

Keputusan ‘U-Turn’, Kabinet Setuju Kekalkan Jenama Arak Timah

Jika sebelum ini pelbagai kontroversi muncul berikutan penggunaan nama ‘Timah’ sebagai jenama minuman keras, kabinet akhirnya bersetuju untuk membenarkan syarikat pengeluar wiski tersebut bagi mengekalkan jenama yang sedia ada namun dengan beberapa syarat, seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

kemalangan van langgar budak
2 years ago

Pemandu Van Ditahan, Langgar Mati Budak Sekolah Di Sepang, Semalam

Advertisement

Perkara tersebut telah dimaklumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, minggu lalu.

Arak TimahSumber : Google  

Meskipun jenama tersebut dikekalkan, syarikat pengeluar minuman keras itu iaitu Winepark Corporation (M) Sdn Bhd (Winepark) perlu menyertakan labek tambahan pada botol arak itu.

Keputusan untuk mengekalkan jenama itu perlulah menjelaskan nama tersebut merujuk kepada bijih timah yang diusulkan oleh syarikat itu sendiri.

Sebelum ini, Winepark telah bersetuju untuk menukar nama dan imej pada label produk berkenaan dan meminta tempoh seminggu bagi membincangkan mengenai perkara itu terlebih dahulu dengan pemegang saham dan lembaga pengarah.

Jenama arak Timah mula menjadi kontroversi apabila nama tersebut seolah-olah merujuk kepada nama anak perempuan Nabi Muhammad S.A.W iaitu Fatimah.

Isu Arak TimahSumber : UMNO Online 

Foto lelaki yang tertera pada botol minuman keras itu pula seperti seorang lelaki muslim berikutan imejnya yang berjanggut dan memakai kopiah.

Susulan daripada itu, syarikat pengeluar menjelaskan bahawa Timah adalah merujuk kepada logam timah dan imej lelaki tersebut adalah Kapten Speedy iaitu seorang figura yang mula memperkenalkan budaya meminum wiski ketika tanah melayu ditadbir oleh pemerintahan British.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...