Majlis mereka berlansung cukup meriah dan kedua mempelai tampak sungguh anggun serta sepadan mengenakan busana putih pada majlis tersebut.
Jika sebelum ini Raja Farah mengakui kesungguhan Iskandar memikat dan membuka pintu hati beliau untuk bercinta semula, kali ini suaminya pula memberitahu senyuman Raja Farah yang membuatkan beliau terpikat saat pertama kali bertentangan mata di sebuah restoran Arab pada bulan Ramadhan lepas.
Kali pertama saya nampak dia di restoran Arab dan saya lihat dia senyum kepada saya. Sejak itu saya nekad untuk mencari tahu tentang dirinya.
Pada mulanya memang saya kurang yakin kerana kawan-kawan beritahu bahawa dia seorang artis ternama dan saya hanya orang biasa sahaja. Tetapi selepas saya berhubung dengannya menerusi WhatsApp barulah saya tahu dia seorang yang merendah diri.
Dalam usaha untuk mengenali Raja Farah dengan lebik baik, jejaka tersebut telah menonton semua filem yang pernah dilakonkan oleh isterinya itu. Berbicara mengenai perancangan mereka untuk mendapatkan cahaya mata, Iskandar menyerahkan urusan tersebut kepada rezeki dan ketentuan Allah SWT.
Kami tidak rancang tentang anak lagi, kalau boleh memang mahu cepat dapat anak, namun itu semua ketentuan Allah.
Inilah orang kata cinta pandang pertama, semoga jodoh kali ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sudah sama cantik dan sama padan, rupa pun seiras bukan?