“Sentuhan Fizikal Lembut Tapi Tegas” – Timbalan Menteri Dikecam Gara-Gara Isu Tegur Isteri Derhaka

Berita

“Sentuhan Fizikal Lembut Tapi Tegas” – Timbalan Menteri Dikecam Gara-Gara Isu Tegur Isteri Derhaka

Tular di media sosial apabila kenyataan daripada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Zailah Mohd Yusoff dikecam oleh beberapa Ahli Parlimen Pembangkang berikutan memberi panduan kepada pasangan suami isteri bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Ianya menjadi perdebatan apabila Siti Zailah menyarankan suami boleh menggunakan ‘sentuhan fizikal yang lembut tetapi tegas’ untuk menegur isteri yang tidak mendengar cakap suami.

Advertisement

Dalam Islam membolehkan seorang suami untuk memberi tekanan sedikit pada isteri dengan pisahkan tempat tidur selama tiga hari supaya dia terasa bagaimana suami sangat tak suka perbuatannya.

Sekiranya, nasihat tak dengar dan pisahkan tempat tidur juga tidak berubah, maka boleh memukul dengan cara sentuhan fizikal lembut yang penuh mendidik dengan penuh kasih sayang yang tidak menyakitkan, tapi tegas.

Berikutan kenyataan itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang menganggap ‘nasihat’ Siti Zailah itu merugikan wanita dalam realiti dan keperluan semasa.

Jelasnya, pandemik COVID-19 telah menyaksikan peningkatan kes penderaan domestik kebanyakan terhadap kaum wanita.

Manakala Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh meminta Siti Zailah membuat demonstraasi cara suami menggunakan ‘sentuhan fizikal lembut tetapi tegas’ untuk menegur isteri.

Kata Hannah, sangat bahaya untuk mengeluarkan kenyataan berdurasi 2 minit itu kerana ‘sentuhan’ yang dikatakan itu sangat subjektif.

“Tanya team doktor, aktivis dan NGO yang mengendalikan kes keganasan rumah tangga setiap hari, adakah sesuai topik seperti ini dibincangkan melalui video dua minit” ciap Hannah di Twitter miliknya.

Kempen tukar logo halal PPIM
3 years ago

“Lebih Baik Banteras Sijil Halal Palsu..’ - Netizen Persoal PPIM Anjur Kempen Tukar Logo Halal Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...