Sengaja Rakam & Sebar Video Lucah ‘Girlfriend’, Remaja Lelaki Maut Dibelasah Bapa Kekasih

Berita

Sengaja Rakam & Sebar Video Lucah ‘Girlfriend’, Remaja Lelaki Maut Dibelasah Bapa Kekasih

Gara-gara merakam dan menyebarkan video lucah teman wanitanya, seorang remaja lelaki maut dibelasah oleh dua individu di sebuah pusat komersil di Jalan Tun Jugah, Kuching.

Menurut laporan, dia disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Umum Sarawak awal pagi Jumaat akibat kecederaan parah dialaminya.

Advertisement

Difahamkan, sumber berkata mangsa berusia 18 tahun itu dipukul teruk oleh bapa kekasihnya dan Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa berkata dua suspek telah pun ditahan polis.

Sepasukan polis dari cawangan Siasatan Jenayah D9 Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching telah menahan dua lelaki tempatan berusia 43 dan 50 tahun.”

Mereka kini direman selama tujuh hari sehingga 5 Ogos bagi membantu siasatan lanjut dan kes dipercayai berpunca daripada kisah percintaan.”

Kes diklasifikasikan kes sebagai bunuh selepas mangsa yang dimasukkan ke hospital dilaporkan meninggal dunia.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis mengingatkan orang awam untuk tidak mengambil tindakan sendiri sesuka hati melangkaui undang-undang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Jiran Dengar Pintu Dihempas, Kerusi Diheret" - Lelaki Maut Dipercayai Akibat Dibelasah Isteri, Ada Kesan Lebam Di Badan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...