“Sendiri Post Sendiri Kena Kecam” – Wanita Ditegur Tak Tutup Aurat Bangga Suami ‘Back Up’ Tapi Netizen ‘Condemn’ Balik

Kehidupan

“Sendiri Post Sendiri Kena Kecam” – Wanita Ditegur Tak Tutup Aurat Bangga Suami ‘Back Up’ Tapi Netizen ‘Condemn’ Balik

Sudah menjadi tanggungjawab suami untuk memelihara kemuliaan seorang isteri lebih-lebih lagi dalam situasi yang melibatkan maruah diri.

Baru-baru ini tular di media sosial TikTok, apabila seorang lelaki mempertahankan isterinya kerana ditegur oleh individu yang tidak dikenali berkenaan cara pemakaian.

Advertisement

Dalam rakaman yang dimuat naik oleh pengguna dikenali sebagai Mia Khalida, dapat dilihat lelaki tersebut menengking individu terbabit kerana mengeluarkan kata-kata yang menjatuhkan maruah isterinya.

Difahamkan, individu berikut merupakan seorang peniaga di kawasan itu. Wanita berkenaan berkata dia berasa bangga dengan tindakan yang dilakukan oleh si suami yang bersifat melindungi dirinya daripada gangguan.

Walau bagaimanapun, rata-rata warganet memberi reaksi berbeza di mana rata-ratanya bersetuju dengan lelaki yang tidak dikenali itu bertindak menegur aurat wanita terbabit.

Namun begitu, ada juga yang menyelar perbuatan tersebut kerana teguran sepatutnya dibuat secara berhemah dan bukannya di khalayak orang ramai.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

ceo batu restoran jepun
2 years ago

(VIDEO)“Siapa Dia Ni?” - ‘Selotape’ Mata Dan Sebut Ayat Lucah, TikTokers Dikecam Ketika Promosi Restoran Jepun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...