Masihkah anda ingat dengan filem Senario yang popular pada suatu ketika dahulu?
Menurut pelawak dan pelakon Saiful Apek yang juga salah seorang daripada ahli kumpulan lawak terkenal itu, Senario bakal kembali ke layar perak tidak lama lagi dan akan dikenali sebagai Senariounion.

Malah, Saiful Apek yang lebih mesra disapa sebagai Apek juga turut berkongsikan foto terbaharu lokasi perniagaan Azlee dan Mazlan yang pernah popular dalam satu babak lakonan mereka sebelum ini.
Perkara tersebut dikongsikan Apek menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat di luar sana.
“#ComingSoon nantikan filem Senariounion yang diarahkan oleh Aziz M Osman ini dapat mengubati kerinduan peminat terhadap Senario…” tulisnya di hantaran tesebut.
View this post on Instagram
Dia dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih buat Aziz M Osman kerana merealisasikan impian peminat untuk kembali dengan filem lagenda itu.
Menjengah ruangan komen, ramai peminat drama meluahkan rasa tidak sabar untuk menonton filem tersebut tidak lama lagi.

Sekadar info, kumpulan Senario juga pernah muncul dengan drama dan filem seperti Senario XX, Lagi-Lagi Senario, Senario Lagi dan Senario The Movie.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menari
tecit
July 14, 2021 at 10:02 am
xsabarnyaa. kembalikan zaman kanak2kuuuu. terima kasih aziz m osman.. harap ade ost songs jugak mcm cerita2 senario dulu semua ade lagu. harap2 both yassin & apek ade. i adore yassin so much. please just give him another chance..