“Sebenarnya Tu Memang Angle” – Saiful Apek Jawab Kontroversi ‘Pegang Tangan’ Fiza Halim

Hiburan

“Sebenarnya Tu Memang Angle” – Saiful Apek Jawab Kontroversi ‘Pegang Tangan’ Fiza Halim

Status rumah tangga pelakon, Fiza Halim menjadi persoalan apabila dia dilihat bergambar ‘mesra’ dengan rakan iaitu pelawak terkenal, Saiful Apek. Menerusi foto yang dimuat naik, mereka dilihat seolah-olah berpegangan tangan sehingga mencetuskan kontroversi.

Fiza Halim Saiful Apek
3 years ago

Padam Foto Suami Di IG, Fiza Halim Terlebih 'Mesra' Dengan Saiful Apek Undang Tanda Tanya Netizen

Advertisement

Terbaru, Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam tampil menjawab dakwaan dan menjelaskan perkara yang sebenar. Pelawak ini juga memohon maaf kerana telah menimbulkan salah faham orang ramai.

Saiful Apek mengakui dia mempunyai hubungan baik dengan kebanyakan pelakon. Menurutnya, ramai yang menganggapnya seperti abang namun itu tidak boleh dijadikan alasan untuk dia bergambar sebegitu.

Tapi pada saya sendiri juga, gambar itu sebenarnya nampak macam saya berpegang tangan tapi sebenarnya tu memang angle. Tangan tidak bersentuhan langsung.

Saya mohon maaf jika ada yang salah tafsir dengan hubungan kami yang sebenarnya memang macam adik beradik. Kebetulan benda tu terpapar dalam gambar, tak sengaja dimuat naik dan mengundang provokasi.

Mengakui khilaf, Saiful berterima kasih kepada semua yang sudi menegur. Dia bersikap terbuka dan sangat mengalukan sebarang teguran. Kata Saiful lagi, selagi individu menyedari, menyesali dan memperbaiki maknanya ada proses muhasabah diri.

Malah, hubungan rapatnya dengan Fiza bukanlah satu rahsia kepada suami Fiza sendiri. Saiful Apek mengenali mereka dari awal bekerja dalam industri dan sudah seperti adik beradik. Namun, dia menegaskan itu boleh dijadikan alasan untuk berkelakuan sedemikian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...