Malaysia memang dikenali sebagai syurga makanan dari pelbagai negara. Ada makanan Western, Arab, Cina, mamak, campuran pelbagai budaya dan bermacam lagi. Apa-apa pun, bila dah tekak Melayu, semestinya akan kembali ke citarasa asal. Jom kami kongsikan 5 kedai makan citarasa Melayu kena cuba di Shah Alam, Selangor.
Jemari
Kalau ke sini, menu wajib pesan adalah kerabu kangkungnya. Kangkung diselaputi adunan tepung tempura digoreng rangup dan dicicah sos istimewa, memang layan. Makan macam tu pun sedap. Tom yam Jemari juga menjadi kegemaran bagi pengunjung tetap di sini. Kena cuba!
Kak Ani Nasi Dagang
Pilihan peribadi kami kalau di sini tentulah nasi dagang dengan nasi minyaknya. Rasa asli kuah gulai rasa macam di Kelantan atau Terengganu. Lama tak makan nasi minyak kenduri? Bolehlah ke sini memenuhi keinginan. Sedap sengoti bak kata orang Kelantan.
Nasi Ayam Kukus Seri Yasmin
Walaupun nasi ayam kukus menjadi trademark di sini, kami cadangkan korang cuba ayam penyetnya. Keistimewaannya terletak pada sambal ayam penyet yang tidak terlalu pedas tapi cukup seimbang dari segi masin, masam dan manis dari tomato. Berpeluh-peluh makan pun berbaloi-baloi.
Selera Nasi Kak Wok
Nasi putih dihidangkan dengan ayam goreng dipotong kecil bersama sambal belacan dan kuah. Begitulah ringkasnya Nasi Kak Wok tapi bila dah sekali cuba, pastinya akan ulang lagi di sini. Kombinasi elemennya membuatkannya tidak dijemu dimakan berulang kali.
Nasi Lemak Pak Ayob Warisan
Untuk sarapan pagi, di sini adalah lokasi tumpuan penduduk sekitar Shah Alam. Menu yang digemari ramai di sini adalah nasi lemak dengan aneka lauk seperti rendang daging, rendang ayam, ayam goreng, sotong sambal dan banyak lagi. Roti canainya juga korang kena order. Lembut di dalam dan flaky di luar. Sila datang awal untuk mengelak beratur panjang ya.
Nasi Daging Pongsu Seribu
Dagingnya dimasak sehingga empuk, dimakan pula dengan nasi yang kaya dengan rasa, cicah air asam lagi. Pastinya makan bertambah-tambah. Kuetiau sup daging di sini juga antara yang digemari pengunjung tetap.
3 Budak Gemok
Nasi panas, ayam masak kicap dan cili pedas gesek = BOOM! Menu ini pernah viral beberapa tahun lalu dan kekal menjadi pilihan sekarang kerana konsistensi rasa bagi penggemar makanan pedas. Tak cukup pedas? Boleh minta tambah cili pedas gesek juga tau!
Tok Deng Kitchen
Satu lagi menu yang ringkas tapi cukup enak dan mengenyangkan. Ayam, daging, sotong, udang goreng kunyit makan dengan nasi panas, sambal pedas berapi dan kicap, kenyang sampai ke malam. Boleh campur 3 lauk RM10 je? Kenapa tidak kan?
Dapur Sarawak
‘Paling hampir sama dengan masakan di rumah bagi anak Sarawak yang rindukan kampung halaman’. Itu antara komen yang ditinggalkan pengguna setelah menjamu selera di Dapur Sarawak. Dicadangkan untuk memesan mee kolok dan laksa Sarawak yang menjadi keistimewaan di sini.
Nasi Lan Kedah
Nasi kandar sinonim dengan mamak, tapi kalau tak pernah cuba Nasi Lan Kedah, inilah masanya. Sotong, ayam goreng, telur sotong, kuah campur, sayur, tak perlu terangkan lebih banyak, memang surrrr pergi dia.
Bagi mereka yang tinggal di kawasan sekitar Shah Alam, berita baiknya, semua tempat makan di atas boleh didapati di foodpanda. Kalau teringin, cuma perlu buka apps foodpanda, pesan dan tunggu rider hantar depan rumah. Boleh juga memilih pilihan untuk pick-up bagi pembelian lebih cepat. Senang kan?
Jangan lupa masukkan kod promo di bawah untuk lebih jimat:
PESTAPANDA – Diskaun 40% untuk restoran terpilih
PICKUPFEST – Diskaun 28% untuk pesanan dan ambil sendiri di restoran terpilih
FREEDEL – Penghantaran percuma untuk restoran terpilih