Orang kata lelaki kalau dah mendirikan rumah tangga seeloknya keluar dari rumah keluarga dan bawa isteri tinggal di rumah lain.
Bukan apa, nak elakkan perkara yang tidak diingini hanya kerana mahu menjaga hati mana-mana pihak atau mungkin menyakiti perasaan isteri tanpa disedari.
Perbualan di antara pasangan suami isteri yang tidak dikenali meraih perhatian dan mengundang pertikaian di antara warganet di Twitter.
Berdasarkan hantaran itu, si isteri berkata dia sudah tidak tahan dengan kerenah ibu mentuanya dan memohon kepada suami untuk berpindah.
Namun, respon lelaki tersebut membuatkan ramai netizen berang kerana tidak memahami kehendak dan perasaan isterinya itu.
Penat jugak kes mcm ni. Bila tak suka semua benda jadi salah. Mentua apa macam ni, yang laki pulak. Hmm
korang rasa apa solusi terbaik?
-Cinta Suami Isteri pic.twitter.com/xd77CbTYLL
— Ay (@ayspaces) May 30, 2023
Ramai netizen meluahkan rasa berang kerana memberikan respon sebegitu terhadap isterinya yang mengadu apa yang dialaminya setiap hari.
Rata-ratanya juga berkata permasalahan yang dilalui pasangan itu ada penyelesaiannya tanpa perlu berjauhan dengan ibu atau rumah keluarga.
Mereka mencadangkan agar mana-mana suami yang enggan tinggal jauh dengan keluarga tetapi mahu menjaga hati isteri, boleh saja berpindah di kawasan perumahan yang sama.
Dalam pada itu, ramai yang mengkritik si suami kerana tidak menjaga perasaan isterinya malah seperti berpihak kepada ibu pula.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.