Sebelum ini, pendakwah bebas terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew telah menjadi perhatian orang ramai apabila berkongsi pengalaman bertemu anak-anak punk di Jakarta, Indonesia.
Baru-baru ini, Ustaz Ebit Lew atau lebih dikenali sebagai UEL sekali lagi mendapat perhatian apabila mendekati wanita yang bekerja sebagai pelacur di kelab malam.
Menerusi hantaran video di laman Instagram miliknya, UEL menceritakan apabila beliau meminta masa untuk berbual dengan mereka, wanita-wanita malam itu berasa gembira untuk memberi masa
Banyak soalan tentang Islam dan hubungan dengan Allah serta rindukan ibubapa. Baik-baik semuanya mendengar dan bertanya.
Menurut UEL, ada wanita yang mula bekerja sebagai pelacur seawal usia 14 tahun kerana terdesak ingin membantu keluarga yang susah dan ada juga yang terpaksa bekerja demi membesarkan anak seorang diri kerana merupakan ibu tunggal tanpa suami.
Semua menangis je bila saya mula cakap. Allah sayang kita dia beri banyak nikmat. Teresak-esak menangis.
Tambahnya lagi, beliau turut terkejut apabila hampir semua wanita malam yang didekatinya mula menangis teresak-esak walaupun mungkin tidak memahami semua perkataan yang disebut.
Saya hadiahkan mereka jubah dan tudung. Mereka suka sangat dapat tudung tu.
Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya turut meluahkan rasa sebak melihat perjuangan dakwah yang dilakukan oleh UEL.
MasyaAllah tabarakallah ustaz sangat mulia sangat baik hati.. sebak sangat lihat macam ni.. – Netizen.
“Mereka-mereka ini yang mengalirkan air mata sebab terkenang kan dosa-dosa mereka lebih mulia disisi Allah berbanding kita yang merasakan diri ini baik,” tulis seorang pengguna Instagram.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.