“Mula-Mula Tengok Rasa Terkejut” – Ebit Lew Kongsi Pengalaman Bantu Anak-Anak Punk Di Jakarta

Kehidupan

“Mula-Mula Tengok Rasa Terkejut” – Ebit Lew Kongsi Pengalaman Bantu Anak-Anak Punk Di Jakarta

Pendakwah bebas, Ebit Lew baru-baru ini berkongsikan pengalamannya bertemu bersama anak-anak punk semasa berada di Jakarta, Indonesia.

Menerusi ‘caption’ posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Ebit Lew menceritakan tentang bagaimana dia berjumpa dengan anak-anak punk yang penuh dengan tatu dan kelihatan ganas.

Advertisement

Menurut Ebit, dia berasa sebak dengan keadaan mereka yang hidup secara gelandangan di bawah jambatan.

Sebak sayu rasa jumpa dua orang anak punk ini di Jakarta. Tatu penuh sampai mata putih pun bertatu. Mula-mula tengok rasa terkejut. Nampak ganas je di jalan. Terus ajak berbual-bual dan berkongsi nasihat. Tak sangka mereka menangis. Mereka hidup di bawah jambatan dan hidup merata.”

Tambahnya lagi, kedua-dua individu berkenaan turut dijemput ke rumah kebajikannya, rumah kasih umat di Jakarta.

Jelas Ebit lagi, anak-anak punk tersebut turut mengaku bahawa kali terakhir mereka mendirikan solat adalah ketika mereka masih kanak-kanak.

Katanya terakhir kami solat masa budak-budak dulu. Kami dah tidak solat langsung. Solat Zohor bersama tadi. Katanya inilah solat pertama kami setelah sekian lama.”

Bercerita lebih lanjut, Ebit memberitahu bahawa kedua-dua remaja itu mempunyai perasaan rindu dan kasih sayang terhadap Allah SWT.

Mereka cuma anak-anak yang baik. Bertambah keluarga kasih umat kami di Indonesia. Mereka rindu kasih sayang dan rindu pada Allah.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan reaksi positif dan mengucapkan terima kasih kepada Ebit Lew atas pertolongan yang diberikan.

Ebit Lew bakal dibicara September depan
3 bulan lalu

11 Tuduhan Gangguan Seksual, Ebit Lew Bakal Dibicarakan 27 September Depan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...