“Semua Berlaku Secara Spontan..” – Iqbal Zulkefli Akui Tak Rancang Suka Wanita Lebih Berusia

Hiburan

“Semua Berlaku Secara Spontan..” – Iqbal Zulkefli Akui Tak Rancang Suka Wanita Lebih Berusia

Usahawan sensasi dengan kisah percintaannya yang tidak jadi bersama Datuk Seri Vida, Iqbal Zulkefli mengakui tidak merancang untuk menyukai wanita yang lebih berusia dari dirinya.

Menurut Iqbal yang kini juga sudah bergelar sebagai seorang penyanyi, segala yang terjadi semuanya berlaku secara spontan apabila dia lebih suka berborak dan bertukar pendapat dengan orang yang lebih dewasa.

Advertisement

Dalam pada masa yang sama, dia turut berkata dirinya tidak pernah berharap seseorang pasangan itu membantunya dalam hal-hal kerja.

Apa yang saya gambarkan mahu isteri yang suri rumah pun tidak kisah asalkan dapat mendampingi dan menenangkan.

Perkara tersebut dikongsikan oleh tuan punya badan di akaun rasmi Instagramnya baru-baru ini apabila pengikutnya bertanyakan soalan menerusi Insta Story.

Vida dan IqbalSumber : Instagram Iqbal 

Terdahulu, desas-desus percintaan antara Iqbal dan Datuk Vida yang berusia 50 tahun mula diperkatakan oleh orang ramai selepas tular rakaman siaran langsung di Instagram antara Vida dan Datuk Seri Aliff Syukri.

Walau bagaimanapun, setelah beberapa minggu, Iqbal memaklumkan dirinya tidak akan memaksa lagi jutawan kosmetik itu untuk mengahwini dirinya dan berkata keputusannya itu juga untuk memelihara maruah dirinya.

Iqbal DSV
3 years ago

"Tak Jadilah, Saya Dah Tekad..." - Iqbal Sudah Tawar Hati Dengan DSV

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...