“Semua Benda Nak Tayang Kenapa?” – ‘Influencer’ Teruk Dikecam Tak Endah Nasihat Suami, Fokus Baca Komen ‘Live’

Hiburan

“Semua Benda Nak Tayang Kenapa?” – ‘Influencer’ Teruk Dikecam Tak Endah Nasihat Suami, Fokus Baca Komen ‘Live’

Pempengaruh media sosial yang juga merupakan founder terkenal, Aisyah Hijanah teruk dikecam warga Twitter selepas mendedahkan suaminya terkena sihir dan hampir ‘disondol’.

Namun, bukan hal ‘penyondol’ itu yang mendapat kritikan sebaliknya sikap Aisyah yang dilabel tidak matang kerana hidupnya seperti berpaksikan media sosial.

Advertisement

Aisyah merakamkan momen suaminya dalam keadaan sakit dan ketika dirawat di mana menurut warganet perkara rumah tangga sepatutnya menjadi rahsia dan tidak perlu disebarkan.

aisyah

Video yang paling mengundang kritikan adalah ketika Aisyah membuat live di TikTok kerana dia dilihat tidak mengendahkan nasihat suami sebaliknya hanya fokus dengan komen viewers.

Menerusi live itu, Alif dilihat menasihati Aisyah untuk tidak terlalu berkongsikan hal rumah tangga dengan tujuan melindungi keluarga mereka.

Namun, Aisyah berkali-kali mentertawakan dan langsung tidak mempedulikan suaminya di belakang yang sedang bercakap panjang malah ramai memberi komen menyuruhnya untuk end live tersebut.

Sementara itu, ramai pengikut Aisyah di Instagram menasihatinya untuk tidak membuat content dan selalu berkongsi hal rumah tangga di media sosial.

Syamimia smeg tampal
7 months ago

(VIDEO) "Terserlah 'Attitude' PPR" - 'Influencer' Syamimia 'Kantoi' Palsukan Jenama Peti Ais, Tempah Logo 'Smeg' Semata-Mata

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...