Pasangan Uqasha Senrose dan Kamal Adli sudah semestinya menjadi tumpuan ramai, media terutamanya selepas mereka mendirikan rumah tangga.
Program hiburan HLive tidak terlepas untuk bertanyakan pasangan sejoli ini tentang rutin harian mereka sebagai suami isteri sejak bernikah hampir 3 bulan lepas.
Bagaimanapun, Uqasha menjadi perhatian warganet di Instagram HLive apabila dia didakwa tidak menjaga aib suaminya.
Menerusi video tersebut, Uqasha secara melawak cuba mengajuk aksi Kamal berdengkur ketika tidur. Kedua-dua mereka kemudian tertawa sewaktu Uqasha bercerita.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji pasangan ini bukan sahaja kelakar di dalam drama tetapi juga in reality.
Bagaimanapun, segelintir netizen dilihat berasa kurang senang dengan tindakan Uqasha dan menganggap dia membuka aib suaminya kepada orang ramai.
Menurut mereka, cerita sebegitu tidak perlu dihebohkan atau dikongsikan kepada umum sebaliknya biarlah hanya mereka suami isteri sahaja yang tahu.
Menyedari isterinya dikritik sebegitu, Kamal tampil mempertahankan Uqasha dan berkata apa yang diceritakannya bukanlah dikira aib.
Biasalah baru berkahwin pasti rasa teruja untuk berkongsi dengan ramai orang terutamanya peminat mereka tentang kehidupan selepas dah berumah tangga.