Didakwa Langgar SOP, Polis Siasat Majlis Kahwin Kamal Adli Dan Uqasha Senrose

Berita

Didakwa Langgar SOP, Polis Siasat Majlis Kahwin Kamal Adli Dan Uqasha Senrose

Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) membuka kertas siasatan susulan tular video majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal, Uqasha Senrose dan Kamal Adli di Genting Highlands yang tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, polis menerima laporan berkaitan video berdurasi 41 saat itu yang dimuat naik di laman sosial Facebook (FB) memaparkan perkahwinan pasangan itu.

Advertisement

Hasil siasatan pihak polis mendapati majlis itu berlangsung pada 8.30 malam pada 15 Disember lalu. Difahamkan, terdapat tetamu yang hadir tidak memakai pelitup muka serta tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

Kamal Uqasha

Keadaan itu dilihat melanggar SOP PPN Fasa 4 dan polis sudah membuka kertas siasatan berikutan penularan insiden itu.

Tambah Zaiham, pihak polis akan mengesan dan mengenal pasti kesemua individu yang hadir dalam majlis perkahwinan itu.

Kes disiasat mengikut Perkara 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021.

@tiyah2504

#fypage #uqashasenrose #kamaladli #nelydiasenrose nak part 2 komen comei aihh??

? bunyi asal – ?????????????

Bagaimanapun, pasangan mempelai berkenaan telah berangkat menunaikan umrah di Makkah pada 23 Disember lalu.

Tak apa, pengantin tunaikan amal ibadah (umrah) mereka dahulu, tunggu balik.. dah selesai kuarantin barulah kita akan panggil.

Tegas Zaiham, orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden ini serta menasihatkan orang ramai untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Baca: Varian Baru COVID-19 Omicron, Dua Kes Direkodkan Di Pulau Pinang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...