Varian Baru COVID-19 Omicron, Dua Kes Direkodkan Di Pulau Pinang

Berita

Varian Baru COVID-19 Omicron, Dua Kes Direkodkan Di Pulau Pinang

Semalam 27 Disember 2021 (Isnin) negara telah merekodkan jumlah kes COVID-19 di bawah 3,000 kes iaitu 2,757 kes baharu, seperti yang dilaporkan Berita Harian.

Perkara tersebut turut dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitternya di mana dia memaklumkan bahawa angka terbaharu itu telah merekodkan jumlah kumulatif kes di negara ini adalah sebanyak 2,743,936 kes.

Advertisement

Maklum DG Hisham lagi, negeri Pulau Pinang telah merekodkan dua kes Omicron terawal dari jemaah umrah yang pulang dari Arab Saudi.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow dalam satu kenyataan berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah memaklumkan bahawa kes berkeaan dikesan setelah jemaah umrah itu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Pesakit yang dijangkiti varian terbaharu itu kini sedang dikuarantin di hospital bagi pemantauan rapi.

“Setakat ini baru dua kes varian Omicron direkodkan di negeri ini dan kerajaan negeri mengambil serius perkara ini serta akan memastikan ia tidak merebak ke dalam masyarakat.” katanya lagi.

YB Chow Kon Yeow juga turut mengingatkan rakyat Pulau Pinang agar segera mendapatkan suntikan dos penggalak dan sentiasa patuh dalam mengamalkan SOP yang ditetapkan bagi mengelak dijangkiti COVID-19.

sambutan tahun baru 2022
2 years ago

Tiada Sambutan Ambang Tahun Baru 2022 Di Selangor, Digantikan Dengan Bacaan Doa Selamat Di Masjid-Masjid

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...