Setelah sekian lama kita terkurung dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19, kini tiba masanya untuk ibu bapa merancang sesuatu untuk menghilangkan kebosanan anak-anak.
Cuti persekolahan pun bakal tiba pada hujung tahun yang akan bermula pada 11 Disember, tentunya bakal memberi keriangan kepada anak-anak.
Pasti anda tercari-cari manakah destinasi yang sesuai dituju sempena cuti persolahan ini, tahukah anda Legoland menawarkan diskaun sehingga 50 peratus.
Inilah masa terbaik untuk mengunjungi Legoland kerana tawaran gila-gila bukannya sentiasa dilakukan.
Tawaran ini diadakan bagi meraikan Festival Persahabatan dengan tema “Keseronokan Terbesar, Dibina atas Persahabatan.” Ia disambut dari 3 Disember sehinggan 9 Januari 2021.
Festival Persahabatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama kanak-kanak dan juga ibu-bapa selepas sekian lama ‘terasing’ akibat pandemik.
Orang ramai boleh mendapat diskaun 50 peratus apabila membuat pembelian tiket satu hari untuk memasuki Taman Tema, Double Park atau Triple Park.
Pembelian hendaklah dibuat menerusi laman web Legoland Malaysia pada 12 Disember 2021. Tawaran hanya dibuka dalam masa 24 jam sahaja pada tarikh berkenaan.