Ingin Bercuti Di Pulau Pinang? Ini 5 Destinasi Menarik Yang Anda Boleh Kunjungi

Travel

Ingin Bercuti Di Pulau Pinang? Ini 5 Destinasi Menarik Yang Anda Boleh Kunjungi

Pulau Pinang menjadi salah satu destinasi utama pelancongan domestik pada musim cuti ini kerana ramai orang yang masih risau untuk melancong ke luar negara, lebih-lebih lagi dengan kemunculan varian baharu virus Covid-19.

Jalan Pintas Temiang - Pantai
2 years ago

Berkabus Dan Sejuk Macam Di Overseas, Tapi Sebenarnya Di Negeri Sembilan Je!

Advertisement

Jalan utama menuju ke kawasan dipenuhi bangunan warisan, pantai Batu Ferringhi dan kawasan tumpuan pelancong di pulau ini bukan sahaja sesak dengan kenderaan tempatan tetapi juga dengan pemandu yang menggunakan plat negeri lain.

Bagi yang belum mengetahui tentang tempat menarik serta aktiviti yang boleh dilakukan ketika berkunjung ke Pulau Pinang, berikut merupakan lima destinasi menarik yang boleh anda lawati jika melancong di Pulau Mutiara ini.

1. Tokong Ular

Tokong Ular Pulau Pinang

Tokong Ular ini adalah sebuah tokong Cina yang ditubuhkan khususnya untuk penyembahan Chor Soo Kong yang dikatakan mendapat namanya ketika ular dari hutan berdekatan yang datang berlindung di situ.

Terdapat pelbagai spesis ular yang boleh pengunjung lihat di sekitar tokong ini sehingga ke hari ini termasuklah ular yang mempunyai bisa dan yang tidak berbisa.

Segelintir pengunjung mungkin merasakan tempat tersebut agak ekstrem dan merbahaya kerana ular-ular di tokong ini bergerak secara bebas di dalam tokong.

Agak menyeramkan betul tak? Jadi, jangan sentuh dan ganggu ular-ular ini jika anda melawat ke tokong ular ini okay.

2. Penang Street Art

Street Art Pulau Pinang

Jika anda seorang yang suka mengambil gambar ketika melancong ke sesuatu tempat, mengambil gambar di Penang Street Art ini sememangnya satu perkara wajib untuk anda jika anda berkunjung ke negeri Pulau Mutiara ini.

Terletak di Georgetown, ia sememangnya adalah sebuah tempat yang cukup popular dengan banyak seni jalanan yang cantik serta unik untuk dipahat menjadi memori bagi pengunjung yang hadir.

Bukan itu sahaja, ia menggalakkan penduduk tempatan dan pelancong untuk menjelajah ke seluruh bandar ini dengan berjalan kaki untuk memburu karya-karya seni yang indah ini.

Jika anda ingin melihat semua seni jalanan yang tersedia, anda boleh menyertai lawatan dengan pemandu pelancong di mana anda akan dibawa untuk melihat semua seni yang menarik ini.

3. Bukit Bendera

Bukit Bendera Pulau Pinang

Salah satu stesen bukit yang tertua di Asia Tenggara, Bukit Bendera adalah destinasi lawatan yang wajib bagi anda untuk melihat pemandangan Pulau Pinang yang indah nian.

Pengunjung serta pelanocng boleh sampai ke puncak bukit ini dalam masa kurang daripada 30 minit dengan menggunakan perkhidmatan tren mereka.

Terdapat beberapa puncak di sini tetapi Bukit Bendera merupakan salah satu puncak yang patut pelancong kunjungi untuk mendapatkan pemandangan yang menakjubkan.

4. Escape Adventureplay

Escape Adventureplay Pulau Pinang

Escape Adventureplay ini merupakan taman tema outdoor yang mempunyai alam semulajadi sebagai latar belakangnya.

Terdapat 30 aktiviti menarik yang pengunjung boleh nikmati di taman tema ini termasuklah zipline, gelongsor air serta tunggangan taman tema.

Bukan itu sahaja, ia juga merupakan salah satu destinasi menarik di Pulau Pinang yang popular kerana memiliki taman tema air di dalamnya.

5. 3D Trick Art Museum

3D Art Museum Pulau Pinang

3D Trick Art Museum ini terletak di Lebuh Penang iaitu bertentangan dengan Esplanade Food Court di Padang Kota Lama.

Ia merupakan sebuah Muzium 3D yang sangat menyeronokkan dan lokasinya hanya diseberang jalan utama atau Lebuh Light.

Seperti Muzium 3D yang lain, ia mempamerkan lukisan mural yang sangat mengagumkan dan sangat sesuai untuk pengunjung yang ingin mengambil gambar dengan lukisan seakan 3D yang unik.

Demikian sahaja lima destinasi menarik yang boleh anda kunjungi jika melancong ke Pulau Pinang. Terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik di sini dan senarai lima tempat di atas merupakan antara destinasi yang sering dikunjungi pelancong.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...