“Sempat Senyum Lagi..” – Tenang Bersalin Anak Kedua, Netizen Kagum Tengok Elfira Loy

Hiburan

“Sempat Senyum Lagi..” –  Tenang Bersalin Anak Kedua, Netizen Kagum Tengok Elfira Loy

Baru-baru ini, pelakon jelita Elfira Loy telah memuat naik sebuah hantaran video di laman TikTok miliknya mendedahkan pengalaman bersalin anak keduanya, Nur Aria Mikayla.

Menerusi video tersebut, Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri turut berkongsi beberapa tips yang digunakannya semasa melahirkan.

Advertisement

Menurut pelakon berusia 28 tahun itu, bantuan dari bidan atau Midwife iaitu Puan Sharifah juga membantu proses tersebut dengan menerangkan apa yang perlu dilakukan sebelum membuat ‘push‘.

Untuk pregnancy kedua ni, El ada ambik epidural sebab kita induced the baby.

Bukan itu sahaja, Elfira atau lebih mesra disapa El turut memaklumkan pengambilan dos epidural sangat membantu dalam melahirkan anak keduanya itu berbanding melahirkan anak pertamanya.

Bila bukaan dah hampir 6 cm, El dah reducekan dosage for epidural.

Tambahnya lagi, proses untuk melahirkan menjadi lebih mudah dan boleh menjangkakan saat yang sesuai untuk menolak bayi keluar dengan menggunakan teknik yang betul.

El dah boleh rasa contraction and mudah bila kita dah rasa ni. Kita boleh estimate bila nak push and sekuat mana kita push.

@elfiraloy

nurariamikayla Jadi, inilah kisah kelahiran saya. Ramai yang mintak tips untuk push, Alhamdulillah Allah permudahkan untuk El, dengan bantuan dari Midwife el Puan Sharifah. From this video, korang boleh dengar sendiri cara midwife el explain what to do before push. El ingin share jugak untuk pregnancy kedua ni, El ada ambik epidural sebab kita induced the baby. Sebab mengikut pengalaman sebelum, contraction ada tapi bukaan lambat. And el dah tahan sakit berhari-hari tapi masih 2cm. Tapi, bila bukaan dah hampir 6cm, el dah reducekan dosage for epidural sebab effect dia untuk el kalini, rasa lebih restless and macam tak boleh bernafas. Thats why towards the end, El dah boleh rasa contraction and mudah bila kita dah rasa ni. Kita boleh estimate bila nak push and sekuat mana kita push. Kalau tak, memang tak boleh nak rasa sendiri nak push sebab separuh badan numb. Dalam clip ni, korang ada nampak el senyum. Senyum sebab midwife dah pesan “Kalau muka buruk salahlah teran tu ” HAHAHA. Punyalah takut rupanya tersenyum saya. Masa tu tak perasan pun senyum. cuma control je. Kahkahkah

? original sound – Elfira Loy – Elfira Loy

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum melihat pengalaman bersalin pelakon itu kerana masih boleh tersenyum walaupun sedang melahirkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Saya Dapat Izin Suami.." - Kos Cecah RM166K, Lana Nodin Dedah Empat Kali Buat Pembedahan Hidung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...