“Saya Dapat Izin Suami..” – Kos Cecah RM166K, Lana Nodin Dedah Empat Kali Buat Pembedahan Hidung

Hiburan

“Saya Dapat Izin Suami..” – Kos Cecah RM166K, Lana Nodin Dedah Empat Kali Buat Pembedahan Hidung

Sebelum ini, pelakon jelita dan usahawan Lana Nodin McKienzie terbuka mendedahkan penampilan terbaharunya selepas selesai membuat pembedahan plastik pada bahagian hidung di Korea Selatan.

Pendedahan itu telah dibuat melalui hantaran video di laman Instagram miliknya namun difahamkan telah dipadam selepas beberapa minit dimuat naik.

Advertisement

Menerusi sesi Live di laman TikTok semalam, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin berkata dia bertindak sedemikian bukan kerana ingin merahsiakan mengenai pembedahan hidung sebaliknya akan dikongsikan dalam vlog.

Malah, pelakon berusia 42 tahun itu turut mendedahkan kos keseluruhan pembedahan tersebut yang mencecah kira-kira RM166,000.

Kali ini agak mahal sebab saya buat langsung tak sakit. Tak ada darah yang terkeluar dari hidung.

Menurut Lana, punca sebenar dia melakukan pembedahan hidung bukanlah untuk mengubah ciptaan Tuhan tetapi sebaliknya pernah terlibat dalam kemalangan ketika berumur 19 tahun.

Sebab apa buat hidung?  Saya pernah terlibat kemalangan. Dah empat kali saya buat pembedahan, ini yang terakhir.

@lananodin

MMDG&W? dah lama x masuk set bersiapsekali bersiap macam kita laktak caya ??? kan @naomilarra @creativeskillsolution …?

? 1, 2, 3 #2 – Sofia Reyes,Jason DeRulo,De La Ghetto

Dalam pada itu, isteri kepada David McKienzie itu memaklumkan bahawa dia telah mendapat keizinan daripada suami dan seluruh ahli keluarga.

Kalau ubah untuk merawat, tak kisah. Sebab itu, arwah ayah, mak dan adik-beradik okay. Kalau saya tetiba nak ubah, memang mak saya akan mengamuk.

Bukan itu sahaja, Lana turut berkata pembedahan kali keempat ini dia memilih untuk menggunakan tulang rusuk berbanding silikon atau plastik kerana sering terkena jangkitan.

Kenapa tulang rusuk sebab tak nak berulang kali buat. Kalini saya guna tulang sendiri. Ini kira permanent.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: “Saya Tak Rasa Sakit Pun” – Lana Nordin Akui Buat Hidung Baru Di Korea Selatan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...