Pelakon kacak Norman Hakim baru-baru ini ada memuat naik hantaran khas bagi mengenang perjalanan bergelar suami isteri selama 10 tahun bersama pelakon Memey Suhaiza.
Menerusi hantaran itu, Norman mengimbau kenangan ketika majlis ijab kabul mereka sedekad yang lalu.
Kata pelakon Gerak Khas ini lagi, majlis akad itu berlangsung ketika hujan lebat sekitar jam 5.12 petang.
Hari ini 10 tahun lepas tepat jam 5.12 pm Alhamdulillah selamat berlangsung majlis nikah kitaorang. Selesai je tok kadi cakap sah, tiba-tiba guruh berdentum kuat, terus hujan lebat selebatnya.
Masa hujan lebat tu, saya ambil peluang solat sunat syukur dan doa pada Allah minta ampunkan dosa-dosa saya. Dan diberi peluang kedua untuk memperbaiki diri atas khilaf yang sebelum sebab salah satu doa yang Allah S.W.T bagi perhatian adalah masa hujan lebat Insya-Allah.
Dalam pada itu, Norman turut mengucapkan terima kasih kepada isteri kesayangan, Memey kerana menjadi seorang isteri yang setia dan menerima dirinya seadanya.
Terdahulu, Norman pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan penyanyi Abby Abadi pada tahun 2002 namun bercerai enam tahun kemudian.
Setelah itu, Norman telah berkahwin dengan Memey pada 24 September 2011 dan hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
Anonymous
October 11, 2021 at 3:11 pm
Akad nikah lepas ditangkap khalwat buat apa dikenang2?? adehh…
unknown
September 27, 2021 at 5:34 pm
rasanay kenangan hampa tu x elok nak dijadikan tauladan.. simpan sendiri la kot.. takut sat jadik modai pulak untuk anak2 muda lani.
Anonymous
September 28, 2021 at 4:29 pm
Saya setuju dengan awak.. permulaan yang tak berapa,molek dikenang.. share berdua dgn isteri sudah..
sitikudisari
September 27, 2021 at 2:13 pm
keluarga norman dan abby, memang cari attention murah dan kontolbesi berpisah tiada. aku geli tengok mereka terlalu rapat tu
eh?
September 27, 2021 at 10:31 am
kalau curang kne bangga dan imbas kembali ke?
Anonymous
September 28, 2021 at 10:49 am
seronoknya berkhalwat itu. jaga anak2 awak akan mendapat balasan. sekarang boleh tunjuk alim2. mcm bermadu sdh memey dan abby semua urusan mesti campur tangan