Sempat Buat Solat Sunat Minta Ampun, Norman Hakim Imbau Kenangan Akad Nikah Bersama Memey Suhaiza

Hiburan

Sempat Buat Solat Sunat Minta Ampun, Norman Hakim Imbau Kenangan Akad Nikah Bersama Memey Suhaiza

Pelakon kacak Norman Hakim baru-baru ini ada memuat naik hantaran khas bagi mengenang perjalanan bergelar suami isteri selama 10 tahun bersama pelakon Memey Suhaiza.

Norman Hakim Memey
3 years ago

Sokong Minat Suami, Memey Buatkan Gim Mini Di Rumah Untuk Norman Hakim

Advertisement

Menerusi hantaran itu, Norman mengimbau kenangan ketika majlis ijab kabul mereka sedekad yang lalu.

Kata pelakon Gerak Khas ini lagi, majlis akad itu berlangsung ketika hujan lebat sekitar jam 5.12 petang.

Hari ini 10 tahun lepas tepat jam 5.12 pm Alhamdulillah selamat berlangsung majlis nikah kitaorang. Selesai je tok kadi cakap sah, tiba-tiba guruh berdentum kuat, terus hujan lebat selebatnya.

Masa hujan lebat tu, saya ambil peluang solat sunat syukur dan doa pada Allah minta ampunkan dosa-dosa saya. Dan diberi peluang kedua untuk memperbaiki diri atas khilaf yang sebelum sebab salah satu doa yang Allah S.W.T bagi perhatian adalah masa hujan lebat Insya-Allah.

Dalam pada itu, Norman turut mengucapkan terima kasih kepada isteri kesayangan, Memey kerana menjadi seorang isteri yang setia dan menerima dirinya seadanya.

Terdahulu, Norman pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan penyanyi Abby Abadi pada tahun 2002 namun bercerai enam tahun kemudian.

Setelah itu, Norman telah berkahwin dengan Memey pada 24 September 2011 dan hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...