‘Semoga Jadi Isteri Solehah, Dan Kepada Riz..’ – Doa Ustaz Don Buat Neelofa Tarik Perhatian

Hiburan

‘Semoga Jadi Isteri Solehah, Dan Kepada Riz..’ – Doa Ustaz Don Buat Neelofa Tarik Perhatian

Pelakon dan pengacara popular, Neelofa khabarnya bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi. Spekulasi mula tercetus apabila ada pihak mendedahkan lokasi pasangan ini bakal diijabkabulkan. Namun, setakat ini tiada sebarang pengesahan dilakukan pihak mereka.

majlis berinai neelofa
3 years ago

Sudah Nampak Inai Di Jari, Neelofa Selesai Jalani Majlis Berinai Kelmarin?

Advertisement

Di Facebook, Ustaz Don menarik perhatian ramai apabila memuat naik doa buat pengacara Nabil dan Neelofa. Difahamkan, mereka bertemu ketika penggambaran program Nabil to Neelofa yang bakal bersiaran Ramadhan ini di Astro Oasis.

Alhamdulillah selesai hari ni shooting dengan 2 orang insan hebat yg Allah pilih mereka atas kehebatan mereka, Nabil & Neelofa.

Untuk Nabil Ahmad my brother, saya doakan agar sentiasa dalam peliharaan Allah, dilindungi daripada fitnah, selamat daripada bala bencana, dijauhkan daripada tangan-tangan yg tidak bertanggungjawab, sentiasa dalam circle yang diredhai Allah. Credit kepada kumpulan tabligh, Sri petaling, maulana2 yg banyak bagi kesan kepada sahabat saya ini. Brother, I love u.

Menerusi perkongsian tersebut juga, Ustaz Don memberi penghargaan kepada kumpulan tabligh, Sri Petaling kerana memberi banyak kesan kepada perubahan Nabil Ahmad.

Untuk Neelofa , saya doakan untuk hari mendatang, agar disatukan dalam keberkatan, dihimpunkan dengan orang baik, diberi pilihan itu pilihan yg baik, semoga Neelofa menjadi isteri solehah, dan kepada Riz, jaga perhiasan dunia yg baik yg Allah bagi ini.

Jangan lupa tonton rancangan NtoN, Nabil to Neelofa, Ramadhan ini di Astro Oasis.

Sementara itu, buat Neelofa, pendakwah popular ini mendoakan semoga disatukan dalam keberkatan dan dihimpunkan bersama orang baik. Turut diselitkan doa semoga Neelofa menjadi isteri solehah buat pasangannya, PU Riz.

Ustaz Don turut berpesan kepada PU Riz supaya menjaga perhiasan dunia yang diberikan Allah SWT ini.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...