Sudah Nampak Inai Di Jari, Neelofa Selesai Jalani Majlis Berinai Kelmarin?

Hiburan

Sudah Nampak Inai Di Jari, Neelofa Selesai Jalani Majlis Berinai Kelmarin?

Sepanjang minggu ini, kesemua netizen terus berteka-teki mengenai tarikh pernikahan pasangan popular Neelofa dan PU Riz.

Malah khabar angin yang berterbangan sejak beberapa hari ini di laman media sosial sepertinya mengatakan bahawa mereka akan disatukan pada Jumaat ini di hotel termuka di ibu negara.

Advertisement

pu riz neelofa
9 bulan lalu

St Regis Jadi Saksi Perkahwinan, Yakin Betul Netizen Dedah Lokasi Perkahwinan Neelofa Dan PU Riz

Walaupun terus mengunci mulut, namun Neelofa sempat menitipkan doa pendek dan meminta orang ramai mendoakannya. Pun begitu, ramai yang perasan beberapa foto busana putih seperti pakaian pengantin yang menjadi latar belakang entri tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Advertisement

Dalam pada itu, hal itu terus menjadi tanda tanya ramai apabila ramai yang mula menebak bahawa selebriti itu telah mengadakan majlis di rumahnya kelmarin. Daripada gambar yang tular, dapat dilihat bahawa acara tersebut dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan karib Neelofa.

Malah dipercayai bahawa ianya merupakan majlis berinai selebriti itu selain gambar yang dimuat naik oleh rakannya yang sedondon dengan pakaian berwarna merah dipercayai ditangkap di dalam biliknya.

majlis berinai neelofaSumber : Berita Harian  

Malah netizen juga perasan bahawa kedua tangan Neelofa sudah pun dihiasi inai dalam sebuah Instagram Story yang dimuatnya pada pagi ini sekaligus menguatkan lagi dakwaan ramai.

neelofa berinai

Apa pun, semoga semuanya berjalan lancar buat pasangan ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. tecit

    March 25, 2021 at 4:22 pm

    huihhh merahnye inaaiiii.

Loading...