“Semoga Bagi Saya Peluang..” – Datuk Red Titip Pesanan Buat Isteri Pertama & Kedua, Harap Mereka Tarik Tuntutan Cerai

Kehidupan

“Semoga Bagi Saya Peluang..” – Datuk Red Titip Pesanan Buat Isteri Pertama & Kedua, Harap Mereka Tarik Tuntutan Cerai

Usahawan sensasi dan suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih mesra dikenali sebagai Datuk Red baru-baru ini mengirimkan ucapan istimewa buat kedua-dua isterinya.

Doa isteri tarik tuntutan cerai

Baru-baru ini, melalui temu bual bersama Zayan FM, Datuk Red menitipkan doa kepada isteri pertamanya, Sharifah Nurshafila Hashim atau Datin Red agar sentiasa diberikan kesihatan dan rezeki. Tambahan pula, usahawan ini juga berharap agar Datin Red diberi ketenangan dan terbuka hati untuk menarik semula tuntutan cerai sebelum Mei ini.

Advertisement

Saya nak ucapkan kepada isteri saya yang pertama, semoga sihat murah rezeki amin.

 

Tenang dan kalau boleh bulan 5 nanti sebelum sampai bulan 5 tariklah (tuntutan cerai). Kita bina balik semula ikatan (perkahwinan) tu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZAYAN (@zayan.my)

Diberi peluang sekali lagi

Dalam pada itu, Datuk Red juga tidak ketinggalan untuk memberi ucapan pada Adira. Katanya, dia banyak berterima kasih dengan pasangannya itu kerana banyak membantu dan menutup aibnya. Dia turut mengharapkan supaya Adira terbuka hati untuk menarik semula tuntutan cerai yang difailkan sebelum ini.

Yang terakhir, kepada isteri saya, Adira AF8, saya ucapkan terima kasih banyak bantu saya dan terima kasih tutup aib saya.

 

InsyaAllah 24 hari, bulan 4 ni tarikh keramat kitalah kan dan saya harap awak pun tariklah kan. Semoga bagi saya peluang. InsyaAllah untuk saya berdiri balik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ℝ ℍ (@adira.suhaimi)

Terdahulu, pada 25 Oktober lepas, Adira telah memfailkan penceraian buat kali kedua ke atas Datuk Red di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor.

datuk red
7 months ago

"Tahun Ini Lain Macam Sikit.." - Beraya Di Kampung Adira, Datuk Red Gementar Ingin Berhadapan Dengan Keluarga Mentua

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...