Seorang lelaki terpaksa menahan malu selepas dia ditampar oleh wanita dipercayai isterinya ketika sedang syok menyanyi bersama beberapa perempuan lain.
Rakaman ketika kejadian itu berlaku tular di media sosial dan menunjukkan seorang wanita bertudung menaiki pentas sambil menengking lelaki itu sebelum menampar mukanya.
Bagaimanapun, apa yang lebih meraih perhatian warganet adalah reaksi lelaki berkenaan yang dilihat hanya tersenyum lebar dan ada kalanya ketawa meskipun ditampar depan orang ramai.
Kekecohan itu berlaku sambil disaksikan beberapa wanita yang turut berada di atas pentas serta orang awam di kawasan berkenaan.
Malah, salah seorang wanita yang memegang mikrofon didengari meminta agar pasangan terbabit turun dari pentas itu.
Mohon maaf buat semuanya. Bapak, ibu silakan turun bapak. Silakan turun dulu.”
Video itu bukan sahaja mendapat perhatian warganet di Indonesia malah juga netizen Malaysia yang turut memberi komen mereka di Instagram.
Ada yang mention tentang tingkah laku lelaki tersebut yang tetap senyum walaupun dah jadi begitu, malah langsung tidak beredar turun dari pentas.
Segelintir dilihat berseloroh dan berkata pakcik tersebut akan tidur luar bilik untuk beberapa hari atau mungkin pasangan itu akan bercerai tidak lama lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.