Lambakan rangkaian restoran fast food di Malaysia boleh dikatakan memudahkan ramai penduduk apabila memerlukan makanan yang cepat dihidangkan.
Bukan sekadar keluarga yang mahu menikmati tetapi juga makanan segera menjadi pilihan ramai pelajar terutamanya di peringkat universiti.
Namun, nampaknya tempat makan yang disediakan bukan sahaja ramai dengan pelanggan tetapi juga pelajar yang duduk secara berkumpulan untuk menyiapkan tugasan.
Baru-baru ini, tular di media sosial aduan penduduk di Presint 2, Putrajaya tentang sebuah restoran makanan segera yang dipenuhi dengan pelajar.
Perkara itu membuatkan penduduk yang datang berasa marah kerana tiada lagi tempat duduk yang kosong untuk pelanggan lain memandangkan mereka conquer semuanya.
Salah siapa? Universiti atau…?
Jika mahu dibincangkan tentang hal ini, ia bukanlah kali pertama kita dapati restoran makanan segera menjadi ‘lubuk’ atau ‘port’ pelajar universiti duduk untuk membuat tugasan mereka.
Kalau boleh kita tuding jari, pada siapa?
Pelajar kerana tidak pandai mengurus masa sampai perlu membuat tugasan sehingga lewat malam?
Universiti kerana tidak membuka perpustakaan atau kafe di dalam kampus untuk tempoh yang lebih lama?
Tidak semua kampus membuka perpustakaan sehingga waktu malam meskipun ia memudahkan pelajar untuk menjadikannya lokasi perbincangan.
Seandainya perpustakaan dibuka lebih masa, sudah tentu pelajar tidak kiralah yang tinggal di dalam mahu pun luar kampus boleh berbincang di sana kan?
Perpustakaan awam tak banyak?
Perkara ini sudah menjadi perbahasan dan dibincangkan di media sosial sejak beberapa tahun lepas apabila syarikat pemaju berebut-rebut mahu membina pusat beli belah.
Di Kuala Lumpur sahaja, banyak pusat membeli belah baru dibina sejak beberapa tahun yang lalu malah ada beberapa daripanya yang sendu tanpa pengunjung. Kan pembaziran tu?
Ramai pengguna media sosial menyuarakan pendapat mereka bahawa negara kira ini memerlukan lebih banyak perpustakaan awam dan paling penting, dibuka sehingga lewat malam.
Students usually study until late night yet our library closes at 5, maybe 7. Even in universities it’s the same.
Until libraries are open 24/7 (just the non-books, tables-only with a section for quiet zone suffices), the issue wont be resolved. https://t.co/inXSobqffg pic.twitter.com/svJFJVtDqA
— Slainthayer (@slainthayer) January 15, 2023
Mana tidaknya, kata mereka kalau mahu melahirkan lebih banyak cendekiawan, ulat buku dan banyak tokoh di masa akan datang, ini merupakan satu inisiatif yang baik.
Anak muda zaman sekarang perlu lebih didedahkan tentang buku, perpustakaan, ilmu dan sebagainya daripada hanya menghabiskan masa dan terpengaruh dengan media sosial. Semua berebut mahu jadi pempengaruh ya?
Tapi, Perpustakaan Negara sendiri pun dibuka sehingga 5 petang sahaja. Mengapa tidak sehingga waktu malam?
Siapa perlu ambil tindakan?
Seseorang atau mana-mana pihak sudah tentu perlu memainkan peranan dan mengambil tindakan bagi mengubah this whole thing.
Mereka yang bertanggungjawab ini, pada pendapat sis perlulah membincangkan dan memikirkan jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah yang mungkin nampak kecil tetapi besar impaknya.
Mungkin boleh bermula dengan tindak yang sewajarnya bagi memudahkan pelajar mempunyai lokasi untuk berbincang tentang tugasan mereka.
Secara tidak langsung, restoran makanan segera bukanlah pilihan utama mereka untuk membuat tugasan jika sememangnya ada tempat yang lebih sesuai dan selesa.