“Ini ‘Library’ Ke Istana?” – Jom Kenali 5 Perpustakaan Tercantik Di Dunia Ini!

Travel

“Ini ‘Library’ Ke Istana?” – Jom Kenali 5 Perpustakaan Tercantik Di Dunia Ini!

Bagi peminat buku ataupun yang suka membaca, sudah pasti kunjungi salah satu perpustakaan di negara luar yang sering menjadi bualan ramai adalah impian yang sudah lama diidami kan?

Lagi-lagi apabila kita melihat bertapa besar dan cantiknya design perpustakaan mereka yang sama sekali berbeza di negara Malaysia.

Advertisement

Nak tahu 5 perpustakaan tercantik yang pernah wujud di dunia? Jom sama-sama baca!

1. The Morgan Library and Museum, United States

perpustakaan cantik

Perpustakaan ini betul-betul terletak di tengah ibu kota New York dan difahamkan ia bukan sekadar perpustakaan, malah juga merangkumi dewan persembahan dan muzium. Dalam pada masa yang sama, koleksi buku peribadi JP Morgan juga berada di sana.

2. Stuttgart City Library, Germany

perpustakaan cantik

Pada sesiapa yang menyukai sesuatu yang minimalis, ini sememangnya perpustakaan yang wajib dikunjungi! Difahamkan bentuk perpustakaan ini adalah piramid terbalik dan ia dibuka pada tahun 2011 dengan bentuk yang unik serta terbuka.

3. Strahov Monastery Library, Prague

perpustakaan cantik

Perpustakaan ini yang boleh dikatakan sudah lama berada di negara Prague kerana sudah dibina sejak tahun 1679. Ia memain peranan penting ketika sejarah Czech dan merupakan ‘rumah’ untuk ribuan cetakan buku yang dibuat ketika abad ke-16 dan 18.

4. Admont Abbey Library, Austria

perpustakaan cantik

Difahamkan, ini merupakan perpustakaan tertua serta terbesar yang ada dalam dunia kerana telah menempatkan 70,000 jilid buku. Tambahan info, lukisan dan arca di dalam perpustakaan itu dihasilkan oleh artis zaman Baroque, Bartolomeo Altomonte & Joseph Stammel.

5. Tianjai Binhai Library, China

perpustakaan cantik

Perpustakaan pun ada nama gelaran tau! Kalau anda nak tahu perpustakaan ini digelar sebagai The Eye. Perpustaakan yang memiliki 5 buah tingkat berbentuk sfera di tengah-tengah bangunannya dan memiliki pemandangan unik dari luar yang menyerupai mata gergasi.

Apa tunggu lagi gais! Si ulat buku bolehlah kunjungi library-library yang ada ni kalau pergi travel negara salah satu ini.

lagu raya
2 years ago

5 Lagu Raya Yang Tak Pernah 'Basi' Ditelan Zaman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...