5 Lagu Raya Yang Tak Pernah ‘Basi’ Ditelan Zaman

Hiburan

5 Lagu Raya Yang Tak Pernah ‘Basi’ Ditelan Zaman

Dengan kedatangan Hari Raya ni, ‘of course’ lah kita akan pasang lagu raya untuk menaikkan ‘mood’ nak beraya, dan kalau tak ada lagu raya, mesti rasa Hari Raya tu macam hambar kan?

Lagu-lagu Raya yang selalu kita dengar ataupun yang selalu dipasang di radio selalunya bukan lagu-lagu yang baru dibuat, tetapi merupakan karya-karya lama yang tidak pernah basi ditelan zaman.

Advertisement

Jadi hari ni, team Beautiful Nara nak kongsi lagu-lagu ‘evergreen’ yang selalu korang dengar di corong-corong radio yang sentiasa menjadi pilihan pendengar sama ada kanak-kanak mahupun dewasa.

1. Anuar Zain dan Elina – Suasana Hari Raya

“Berlalulah sudah Ramadan, sebulan berpuasa…” siapa yang tak tahu lirik lagu Anuar Zain dan Elina ni kan? Kalau tak tahu tu maknanya korang tak pernah beraya lah tu…

2. Sudirman – Balik Kampung

Lagu ni selalunya dipasang bila kita nak balik beraya ke kampung halaman. Selalunya kalau dengar lagu ni masa dalam perjalanan balik kampung mesti rasa ‘hype’ kan?

3. Tan Sri P. Ramlee – Dendang Perantau

Bayangkan lagu yang dikeluarkan pada era 1950-an masih lagi sering dimainkan di stesen-stesen radio bila nak menjelang Hari Raya. Lagu ini ada ‘vibe-vibe’ sedih sikit, jadi untuk orang yang dah lama tak dapat balik raya tu, dapat lah perasaan sedih sikit bila nak balik beraya.

4. Aishah – Pulanglah

Ini lagi satu lagu yang boleh buatkan korang ‘melalak’ dalam kereta sebab lambat nak balik raya. Lagi-lagi tengah ‘jam’, lepas itu pasang lagu ini, memang meleleh lah air mata kalau dengar lama-lama

5. Siti Nurhalizah – Nazam Lebaran

Nazam lebaran juga merupakan lagu yang wajib dimainkan bila tiba Hari Raya Aidilfitri, muzik dan lirik dalam lagu ni buatkan kita rasa ‘happy’ nak beraya…

sambutan hari raya negara luar
2 years ago

Lain Dari Yang Lain! Ini Tradisi Unik Negara Luar Sambut Hari Raya Aidilfitri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...